P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, October 30, 2010

Slip Gaji Akhir


Semalam adalah hari terakhir kakitangan kerajaan mengoyakkan tepi slip gaji. Slip gaji bulan Oktober merupakan slip gaji yang terakhir yang dicetak dan dihantar kepada kita. Mulai bulan November jika kita hendak slip gaji, kita kena print sendiri di laman web http://www.anm.gov.my . Slip gaji telah menjadi sejarah .


Wednesday, October 27, 2010

Tahniah SMK Temerloh

Pagi tadi telah selesai berlangsungnya Karnival ICT & Program Jejak Maklumat Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2010 yang telah dirasmi dan di tutup oleh YH Dato' Hj Abd Aziz Bin Hj Abd Latif, Pengarah Pelajaran Pahang.

SMK Temerloh telah berjaya mengondol hadiah tempat kedua bagi acara Profil Sekolah (acara guru) dan acara Mereka Muka Depan Majalah Sekolah.  Profil Sekolah telah dibuat oleh Cikgu Asri dan tukang prezentnya adalah Cikgu Faizal dan Cikgu Adzuan.



Tuesday, October 26, 2010

Full Weekend

Laporan untuk weekend baru ni. Sabtu hari persekolahan ganti ikut jadual hari Jumaat, so boleh balik jam 12.00 tghri. Bila time balik tiba, terus menuju ke teminal bus Temerloh untuk menjemput en suami yang pulang. Singgah Restoran Saniah untuk menapau lauk-pauk kerna malas masak. Petang pula en suami menebang pisang yang dah masak, dan kemudian kami makan kelapa pandan depan rumah. Rasa sangat seronok kerna boleh berebur-rebut isi kelapa dengan en suami. Pas mahrib keluar dinner kat Restoren Serasi kerana en suami tiba-tiba mengidam nak makan chicken chop. Selesai makan, gie Mentakab pula untuk memborong barang dapur...pulang rumah dan tidur dalam keletihan.

Hari Ahad, bangun buat sarapan dan operasi membersih dan mengemas rumah bersama en suami. Kali ini beliau bersungguh-sungguh untuk mengalihkan katil dalam bilik kami ke posisi yang lain pula. Jenuh jugak mengangkat tilam kak Ziana Zain yang berat tuh...tolak dan angkat katil ...kerja pengalihan agak sukar kerana bilik kami tersangatlah kecil. Walau bagaimanapun, en suami sangat berpuas hati hasil deconya. Tak tahu berapa lama akan bertahan dengan posisi katil sedemikian.

Hari Isnin, aku masih lagi bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang jatuh pada 24/10 (Ahad), maka Isnin cuti!. En suami pun bercuti. Seawal pagi lagi kami telah bertolak ke rumah Along aku untuk membantu urusan mesyuarat kenduri anak buah aku. Petang, kami pulang....Malam persiapan untuk ke sekolah esok...tidur.



For The Rest of My Life

Hari-hari dengar lagu Maher Zain-For The Rest Of My Life aku mula menyukainya. Lirik die best sangat. Sesuai untuk sang suami tujukan buat sang isteri....bertapa isteri dihargai. Oh en suami...alangkah romantiknya jika kamu menyanyikan lagu ini untuk saya... hehehe





 

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

[Lirik lagu on Maher Zain - For The Rest Of My Life http://mp3-source-downloads.blogspot.com/ ]




Saturday, October 23, 2010

Lemang Selepas Raya


Sebenarnya kejadian ini berlaku pada 21/10/2010 yang lalu...kami guru-guru F3 dan pelajar F3 telah membakar lemang. Lemang dibakar untuk dimakan pada keesokkan harinya oleh warga sekolah. Alhamdulillah berkat Chef Suwati lemang masak dengan elokknya. Hari Jumaat tu kami kami bersama-sama rendang ayam dan daging hasil masakan cikgu-cikgu juga. Menu sampingan ialah bihun sup.


Pink Lappy for Hubby


Semalam tiba-tiba tergerak hati tuk singgah kedai PC. Dan secara tidak sengaja telah terjatuh hati dengan sebuah lappy yang sangat cumei bewarna pink. Bila dah tanya-tanya dengan salesman tuh, aku tiba-tiba terasa macam nak membelinya. 'Yea, saya nak beli la...saya g kuarkan duit dulu..." Hahaha....inilah namanya unexpected sopin.  Maka aku decide tuk belikan lappy yang cumei ni untuk en suami sempena our 1st anniversary...

Hari ini en suami balik...so beliau akan menerima lappy pink ini. Harap en suami tidak pengsan apabila melihat warnanya...hehe...hepi advance anniversary my luvely hubby. So nanti 28/11/2010 i juz wish jela ek...sebab hadiah dah bagi awal...hehe.

Harap bila dah ada lappy baru ini, senanglah kita tuk berwebcm ek :)


Tuesday, October 19, 2010

Siap!!! Seronoknye!!


Akhirnya tugasan yang aku ngadap selama 2 hari siap jugak..ikutkan jap jek...tapi biaselah banyak gangguan dari segi fizikal dan mental..huhu.

Kad jemputan untuk Karnival ICT Daerah Temerloh berjaya jugak aku siapkan. Mungkin inilah tugasan terakhir ku di SMK Temerloh yang sangat ku cintai ini. Maka aku sanggup je korbankan ink aku untuk memudahkan urusan kerjaku..biasenya aku kede gak...haha

Draf 1st aku dh tunjuk kat bos pagi tadi...dia suka! Tapi aku dah mls nk refer die...so dengan seronoknya aku terus mempritkan. Nasibla...harap2 semuanya ok-ok saja..

Harap malam ni boleh tidur lena. Tak sanggup lagi berjaga seawal jam 3 pagi untuk membayangkan rupa bentuk kad yang harus aku siapakn kerna ianya sudah SIAP!!

JOM GIE :

KARNIVAL ICT & PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TERMERLOH 2010

PADA : 27 OKTOBER 2010 (RABU)
TEMPAT : SBP INTEGRASI TEMERLOH

JOM TEMUI SAYA DI SANA NANTI....hehehe...promo cam artis plak.



Sunday, October 17, 2010

Hitam


Entri pasal makan lagi. Biasala bila wekend husband tak balik hidup sensorang jela lelebih lagi abah pun gie kerja. Bosan siot. Hendak keluar, tiada teman. Duduk di rumah tengok tv dan online.

Baru je selesai makan. Seperti dalam gambar, semuanya kelihatan hitam kan. Sungguh tidak menyelerakan. Hari ini aku masak ayam+kentang masak kicap berempah, sup cendawan, ikan masin goreng dan dimakan bersama sambal itam ( belimbing besi yang direbus hingga hitam-popular di Jerantut dan Raub).


Saturday, October 16, 2010

Malas masak



Baru je selesai memasak....tetapi mood memasak aku arini tiba-tiba terbang entah kemana. Maka dengan itu aku masak masakan yang simple jek. Tapi bila dah siap masak, ia telah membuatkan aku terliur untuk makan. Tapi aku tak boleh terpedaya. Nasi lemak ayam yang aku beli di pekan sari kul 8 tadi masih belum hadam sepenuhnya kot...harus sabar dulu.

1. Daun Selum (ulam)
2. Asam pedas ikan tenggiri + tomato
3. Ikan pekasam (hampir rentung)
4. Sambal tempoyak
5. Ayam celup tepung


Terima Kasih PM

Bajek 2011 telah selamat dibentangkan petang semalam oleh Datuk Seri Najib Razak. Apa yang boleh aku katakan disini ialah, Bajek'11 kali ini membuatkan semua orang boleh tersenyum lebar. Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak harus menerima jutaan terima kasih.


Kerajaan pimpinannya bukan saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan, sebaliknya perancangan dan kejayaan yang dicapai adalah hasil perencanaan yang jelas, tegas dan rapi serta memerlukan pengorbanan yang tinggi. “Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi populariti jangka pendek. Yakinlah, kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang,” kata Datuk Sero Najib Razak.
Antara intipati bajek tersebut ialah :

• Penjawat awam dapat pelbagai insentif menarik
Bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

• Peranan sektor swasta terus diperkasa
• Skim beli rumah tanpa deposit
• Belia kena rebut peluang kumpul aset
• Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus
• Gaji minimum mampu elak impak negatif
• Pemimpin masyarakat dapat elaun RM800 sebulan
• RM218 juta bantu sara hidup OKU
• Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tidak dinaikkan
• Beri transformasi maksimum kepada rakyat: TPM
• Keputusan tanda keprihatinan kerajaan
• Kakitangan awam boleh pilih cuti bersalin 90 hari
• 'Peruntukan baru hanya hadkan bilangan anak'
• Bajet mesra wanita, institusi kekeluargaan
• Sistem pendidikan dirombak
• Talent Corp pacu modal insan baru

• Duti import 300 barangan dimansuh
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya.

• Cabaran sihat bagi pengeluar produk tempatan
• Dana Pencen Swasta dilancar tahun depan
• Rangsang pertumbuhan ekonomi
• Pemansuhan galak sektor pelancongan




Kalangan pemimpin pembangkang pakatan rakyat menyifatkan belanjawan yang dibentangkan semalam sebagai 'Bajet Pilihan Raya' dan usaha terbaru kerajaan untuk terus menonjolkan imej baik di mata rakyat. Walaupun ada yang menyifatkannya sebagai kelegaan jangka pendek, namun pada masa sama, mereka turut menghargai beberapa insentif yang diberikan kepada rakyat biasa.
Bukan pro atau anti mana-mana pihak tapi kita semua boleh nilai sendiri. Ada otak fikir, ada mata lihat dan ada telinga dengar.....ada jari pangkah!! Hahahaha..



Friday, October 15, 2010

Gaya Tudung



Aku gemar menggayakan pelbagai jenis tudung dan gaya jika ke sekolah. Aku juga seronok apabila anak-anak muridku siap memberikan gelaran tudung. Antara gaya yang gelarannya agak mencuit hatiku ada 4 seperti di dalam gambar.


1. Mak Datin
 - Bila aku pakai tudung ni automatik pelajar yang berselisih denganku akan memberikan salam kepadaku yang berbunyi "Assalamualaikum Datin J"....aku tersenyum sambil menjawab salam mereka

2. Yuna
- Jika gaya ini pula, dari jauh lagi bila pelajar nampak aku mereka mula akan menyanyi "Dan sebernarnya..lalalala"...dan bila dekat dengan aku pula mereka akan suh aku nyanyi lagu Yuna. Klu mood aku ok, aku akan slumber je nyanyi...lawak kn..

3. Tak lawo!!
- Ha...bila aku pakai lak easy wear tudung ni yang biasa orang panggil tudung Ekin. Pelajar akan cakap, 'Cikgu kenapa tak vouge arini???" Kadang kala siap sound, 'Cikgu pakai tudung nie mesti cikgu malas gosok kan..."  Memang betul pun...kekeke

4. Halus Jek
- Tudung syria ni baru 1st time semalam aku try pakai kat sekolah. Tapi respon yang paling kelakar aku dapat.... "Cikgu, halusssssss jek! (Sambil mengosok kepala mereka).....Terus aku dapat tangkap. Iklan nescafe yang Haris Iskandar tuh!! Senget kan...haha



Tak Rela Dimadukan

Dah 2hari aku  merajuk dengan en suami. Dia call aku jawap tapi sepatah je..die tanya punyalah panjang...tapi jawapan aku cuma sepatah. Begitu juga jika beliau sms aku...hanya akan ku balas 1 word jek..atau balas dengan masej kosong jika aku no idea. Teruk ker aku? Berdosakah aku?




Mengapa aku merajuk? Mungkin bila aku bagi alasan di sini...semua orang akan kata 'ala bende gitu pun nak merajuk....nak marah-marah' ...'apela!!' Tapi yang pasti aku memang tak suka en suami menduakan aku!! Bukan menduakan aku dengan erti kata ada pompan lain...(nauzubillah), tapi menduakan aku dengan perkara-perkara lain. Contohnya semalam balik sekolah aku call, die cakap endah tak endah je dengan aku. Aku tanya tgh buat ape, die kate nak tgok game badminton kat tv. Die mmg tak boleh buat 2 kerja dalam 1 masa....dan aku pulak paling pantang bila aku cakap orang tak fokus tentang ape yang aku cakapkan.
Bila aku membebel, die mula la melalut ke bende lain...sakitnya hati.

Tapi en suami susah nak faham aku. Rasanya dah banyak kali...tapi gitulah...die tetap ulang. Susah sangat ker nak tunaikan permintaan aku? Aku hanya nak diberikan sepenuh perhatian jek...aku benci di duakan.


Thursday, October 14, 2010

Kuah Kacang Simple

Baru je selesai memasak kuah kacang dan nasi impit...jenuh gak duk merebus nasi impit 6 ketul. Terpaksa 2x masak cos periuk nasi elektrik tuh muat untuk 4 ketul jek. Malas nak guna periuk yang lagi besar sbb malas nak cuci...haha

Percubaan memasak kuah kacang aku berjaya dari segi rupanya yang agak menyelerakan beserta bau yang amat menggamit. Cuma rasanya agak pelik. Puas dah aku buh gula dan garam beserta air asam jawa, tapi tekak aku tetap tak boleh rasa keenakkannya. Toksah kata nak dapat rasa cam arwah mak masak, rasa kuah kacang akak aku buat pun jauh lagik....haha. Nampaknya aku harus menuntut ilmu lagi pasni.
Masa arwah mak ada dulu taknak blaja dan korek rahsie...sekarang baru nak menyesal...huhu..sadis.





Apa-apapun aku tetap nak share resepi kuah kacang versiku :

Bahan-bahannya :

Kacang tanah (digoreng tanpa minyak serta dibuang kulit2 yang tertanggal) Kisar dengan air, jika pekat tambah air lagi
Cili kering rebus dan dikisar
Bawang merah + putih dikisar
Halia + Serai dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula pasir
Gula kabung/melaka
Minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar dengan minyak yang cukup. Tumis sampai terbit minyak dan bau.
2. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi.
3. Apabila mendidih masukan air asam jawa, garam dan gula.
4. Bila dah cukup rasa dan kuah dah semakin pekat maka bolehla tutup api.

***resepi yang sangat simple..janji bleh makan...nak sedap kena byk blja lgik.

Esok kuah kacang ini beserta nasi impit akan dibawa ke skola untuk potluck...tapi kuah kacang ini hanya untk kawan-kawan sekitar denganku saja...segan lor nak bagi akak-akak lain rasa...sebab masih tak besh..hehe




Ada Apa Dengan Maher Zain ?

"Bayangkan tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya, Save The Soul pada di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, malam ini dan esok sudah habis dijual.
Semua itu berlaku hanya dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tempahan dibuka pertengahan September lalu" - UTUSAN ONLINE



Bila aku terbaca artikel dari utusan di atas, aku mula tertanya-tanya. Mengapa ramai sangat yang fanatik dengan Maher Zain ni? Sebelum ni aku ada menonton Berita Utama TV3 yang Proton siap taja sebuah kereta Persona elegent ke apetah untuk urusan konsert rasminya di Malaysia. Memang aku tahu itu mungkin strategi Proton untuk menjadikan Maher Zain sbgai duta produk bila masuk Asia Barat...Maher Zain kan berasal dari sana.

Apalah istimewanya Maher Zain ini ya dari kacamata peminatnya...? Jom kita layan video klip  Insha Allah dari Maher Zain.





Wednesday, October 13, 2010

GSTT Diserap

Kementerian kaji serap lebih ramai guru sandaran


12/10/2010 12:56pm
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Beliau berkata, kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).

"Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. - Bernama
Utusan Online

Sesungguhnya aku sentiasa mengharapakan penyerapan ini menjadi kenyataan kerna aku adalah seorang GSTT yang telah 3 tahun pengalaman mengajar...klu jadi cikgu betui tuh dah sah jawatan dan boleh ambik PTK dan seterusnya naik DG...haha

Tuesday, October 12, 2010

Kesangapan 18SX + SG = UMUM ??

Dulu mungkin sekadar ingin mencuba, tapi sekarang aku pulak yang terjebak dan telah ketagih.

Bagaimana? Mengapa? Kenapa harus aku yang terjebak? Persoalan inilah yang mula bermain-main di benakku ketika ini. Jangan terkejut pula apabila membaca tajuk dan statement di atas. Jangan mudah bersangka buruk yea...sabo.
Ekceli aku nak membicarakan tentang ketagihan aku terhadap FACEBOOK. Jika dulu aku hanya menggunakan laman sosial seperti Friendster dan Myspace jek..tapi semenjak dah mengenali facebook, aku seolah-olah telah buang jauh fs dan ms. Mungkin jika mintak aku login aku dah lupa passwordnye kot.



Mengapa aku suka facebook atau jika di Melayukan menjadi 'muka buku'?

- Ramai kawan aku guna
- Aplikasi yang mudah digunakan
- Mudah dapat news tentang kawan-kawan (melalui status dorang yang terlalu cepat update)
- Boleh tag gambar dan komen
- Mudah untuk aku update dengan isu semasa (akhar yg guna fb cth Berita Harian)
- Boleh baca 'share' atau tgok video yang org lain kongsi (ilmu)
- Jimat duit aku tuk msg kawan-kawan (via celcom sms- RM0 charge)
- Boleh connect dengan sedara mara (yang pada alam realitinya tak bercakap sangat bila jumpa..tapi kat fb komen tak hingat)
- Boleh jumpa kawan-kawan lama
- Senang untuk sopin  ( Ramai yang jual brg kat fb ..aku suke beli tudung/shawls)
- Boleh berkebun secara maya..FARMVILLE  (hakikatnya aku bukan suka sangat berkebun)

Wah agak banyak sebab yang aku kata facebook ni berguna pada aku nampaknya. Tapi aku juga tak nafikan yang facebook nie kadangkala MELALAIKAN aku...aku sanggup cut masa rehat aku semata-mata untuk berfacebook. Bukan itu saja....malah banyak kerja-kerja aku yang tertangguh .

Walau bagaimanapun.....baik buruk sesuatu bende tuh bergantung pada diri kita sendiri jugak. Kita yang harus pandai menilai dan menggunakannya.


 ***Jangan terkejut dengan tajuk...saja bikin gempak ...sowi..


Monday, October 11, 2010

Tudung Banyak

Sabtu bebaru ni aku telah pergi KL dengan menaiki bus jam 7.30am. Orenzku di tinggalkan bersendirian di sebelah The Store. Sesampainya di Pekeliling aku di sambut oleh en suami yang tersayang..pastu trus gerak ke Jalan TAR. Sopin time!!! Tapi macam tak puas jek coz en suami sangat penat...aku pun sama gak. Lenguh kaki berjalan...tapi barang pun bukannya banyak sangat pun. Siap boleh lepak2 kat tangga depan SOGO tuh coz dah tak tahu nak pergi mana...tiket bus balik kul 4.00pm.

En Suami yang telena kepenatan
 Di bawah ini adalah hasil pemburuan selama beberapa jam di sekitar Jalan TAR dan SOGO.



Online KPLI -Selamat Memohon

Klik link di bawah untuk ke permohonan KPLI-SR & KPLI-j-QAF


.::Aplikasi Permohonan Dalam Talian KPLI-SR::.

Klik gambar untuk KPLI





Friday, October 8, 2010

Jom Pergi Universal Studios Singapore

Resorts World Sentosa- Universal Studios Singapore Movie Theme Park








Jumaat Menyeronokkan

Jumaat datang lagi....yeah! Saya sangat suka hari Jumaat. Rasanya bukan saya saja yang suka, tentu ramai lagi macam saya.

Mengapa suka hari Jumaat? Saya suka Jumaat kerana :

1. Balik pukul 12.00tgh..balik sekolah boleh tidur..
2. Petang Jumaat bole gie pasar malam Chatin atau Kuala Krau
3. Bole gie berjimba-jimba after skol, window shopping etc.
4. Kelas satu je, so masa free banyak
5. Kat sekolah rezeki murah, biasenya aktiviti makan-makan.
6. Lebih tenang dari hari-hari lain.
7. Suamiku akan balik, tak balik hari ini, beliau akan balik esok hari Sabtu...yes..yes...(ini yang paling utama sebenarnya)

Malam tadi misi memasak nasi lemak, ada peningkatan...so berani la jugak tuk tapau tuk kawan-kawanku sekerjaku.. Tapi aku masih failed masak nasinya...nyeh2.





Sunday, October 3, 2010

Saya menang

Alhamdulillah coretan cuti di Melaka berjaya mengondol hadiah saguhati dari Giveway Cik Bihah. Sonoknya..hehe

Saturday, October 2, 2010

Jamuan Raya Bebudak 1 Maju


Doktor sakit tak??

Petang Jumaat semalam, aku telah bertemu dengan seorang doktor gigi iaitu Dr Liew. Lokasi klinik beliau adalah bersebelahan dengan kedai gambar Fujifilem di Lurah Semantan Temerloh. Pesakit time aku tiba tu adalah 2 orang je sedang tunggu turn. Tidak lama kemudian tibalah giliran aku untuk masuk bertemu Dr Liew. Dap dip dup jantung aku time tuh....maklumla dah bbrapa tahun tidak ketemu doktor gigi. Kali ni pergi gara-gara gigi depan aku serpih dalam 1/4 bahagia..agak-agak rongak la gak..haha. Dr Liew kata gigi aku harus di masuk besi utk mengukuhkan simen bila di simen nanti. Ala macam orang buat tiang rumah, harus ada besi ceracak tu dulu sebelum dipasang konkrit. Soalan cuak aku kepada Dr Liew " Sakit tak?"...die kate 'Tak'....lega!!

Lebih kurang 30minit gigi ku di operate, akhirnya segalanya berjalan lancar. Hari ini aku boleh kembali ke sekolah dengan senyuman yang sangat ikhlas dan tidak perlu tutup dengan tangan lagi bila nak bercakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts