P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, February 20, 2011

Mengundi di KERDAU



Marilah mari

Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi



Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai



Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi



Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri



Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara



Marilah mari
Pergi mengundi

Jangan lupa kewajipan pada negara




Berakhir Sudah

Kini kembali meneruskan kehidupan harian macam biasa. Setelah 2 minggu aku diamanahkan menjaga 2 orang anak buahku...akhirnya kakakku sudah keluar hospital. Baru seketika aku ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa teman. Sunyi pulak rasanya. Biasenya kecoh dengan jeritan anak buahku dan diselang-seli dengan jeritan aku yang memekik memarahi mereka. Pada hari kepulangan kakakku ke rumah ini, sebelum tibanya kakakku di rumah...anak-anaknya telah ku hadiahkan 2 das cubitan....hasilnya adalah kesan lebam akibat cubitan aku. Geram sungguh, bergaduh jek....mujur dorang buat perangai hari akhir, kalau buat tiap-tiap hari sudah pasti berdas2 kesan cubitan itu..tentu akak aku serik menghantar anaknya untuk aku jaga... huhu.

Esok tidak perlu lagi menghantar dan menjemput mereka di sekolah. Esok adalah hari datim dengan pakar di HOSHAS. Harap kali ini doc dapat memberikan kepastiaan usia kandunganku dan tarikh aku akan melahirkan serta keadaan bb sihat-sihat saja dalam perutku ini...Amin..














Thursday, February 17, 2011

Lepas 1-1

Mengandung adalah satu pengalaman yang sangat beharga, seronok dan menarik. Tetapi ada satu perkara yang menganggu keseruan itu... Rasa sungguh tertekan aku menghadapi dugaan tahap kesihatan yang sangat mendukacitakan. Bermula dengan BP yang tinggi diikuti dengan HB yang low dan kandungan gula yang tinggi.

Setelah seminggu berulang-alik ke KD Kerdau untuk diperiksa tahap tekanan darah ku...dan makan ubat mengikut jadual, alhamdulillah semalam dan hari ini BP aku sudah kembali normal 120/80.

Tadi pula bermula jam 8.00 pagi dan 12.00 tghri aku berulang-alik ke KD Kelulut untuk memeriksa tahap gula dalam darah pula. Jari jemariku dicucuk sebanyak 4x termasuk sebelah petang di KD Kerdau jam 6.00 petang dan 9.00 malam. Tahap gula aku dari 5.4, 4.9, 4.7 dan naik mendadak gara-gara lapar maka makan nasi yang tak hingat dan 9.00 malam bacaan menunjukkan 7.9. Saja jek dapat pen merah!!!

HB pulak arituh 10.8...dan semalam 10.6 makin turun....takutnya aku...ade org kata jika terus turun, kena bawa najis untuk di uji...mati!!




Tuesday, February 15, 2011

Ngidam Handphone Baru

Memandangkan N82 telah mengalami sakit tua, rasanya sudah tiba masanya aku mencari penggantinya. Kenapa hansetku diam je ek....sekali gi tengok, mati upernya. Pas ON balik, idup semula. Tapi bila letak kasar-kasar mati lagik...adus...sengsara rasa. Nak kata bateri yang dah kong, tapi baru je tuka. Yang len2 stay ok...tu la...bila dipikirkan balik, masih sayang sebab N82 ni ada semua keperluan yang aku mahu, WLAN, 3G, Bluetooh, dan hasil gambar dan bunyi yang bagus.

N82 cilok en google

Monday, February 14, 2011

Untukmu Suamiku

!

Kembar Siang

Sudah lama rasanya tak mengunjungi panggung wayang...tapi bila tengok promo Kembar Siang kat tv, tiba-tiba macam tergerak hati je nak ajak en suami menonton movie ni...

Sinopsis Kembar Siang


KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.
Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.
AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.
Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.





Adun Kerdau Meninggal

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dan Al-Fatihah buat arwah. Di sini kami memanggilnya E'cik Ha..selain sebagai wakil rakyat Kerdau, arwah juga merupakan jiran aku.


Nampaknya, selepas ni Kerdau sekali lagi akan menjadi meriah dengan kehadiran insan-insan yang mempunyai nama untuk berkempem di Pilihanraya Dun Kerdau N28...terujanya aku untuk mengundi untuk kali ke-2...oh yeah!




































Thursday, February 10, 2011

Cabaran Bermula

Hari 1st appoinment dengan doc selepas buat buku merah. Sampai di KK terus nurse ambik BP. 140/90 mak aii...dasyat...takkan la sebab membebel kat dak2 masa kelas pagi tadi darahku terus naik. Nurse suruh aku bertenang seketika...die check lagi...tapi hasilnya sama. Sejam selepas tuh tibalah giliran aku bertemu doc. Doc check BP lagi sekali...darah aku still tinggi. Padahal 3 hari lepas time aku buat buku merah BP aku berada di tahap normal. Masa time masuk wad pun tak pernah tinggi. Time datim dengan doc kat HOSHAS pun normal je sokmo...heran betui hari ini mengapa BP aku naik begitu sekali. Saja jek kena makan ubat darah tinggi. Tensinya...bukan itu saja, aku kena berulang setiap pagi ke klinik terdekat untuk check BP hingga datim dengan doc seterusnya Rabu depan...Sabtu dan Ahad jugak....uwaa...


Ubatan yang sgt sedap!!

Tuesday, February 8, 2011

Pipi Terbaru

Wajah terbaruku....kelihatan pipi yang semakin menggebu, mata semakin mengecil dan idung pun semakin mengembang.....hahaha




Operate !

Esok kakakku akan menjalani pembedahan injap jantung di IJN...Doaku di sini semoga pembedahan berjalan lancar dan kakakku pulih seperti sedia kala....amin...




Mummy & Granny

Congratos tuk anak buah sulungku yang telah disahkan hamil 4 minggu...pantas dan efisyen betui. Mujur la tak potong terus jalan aku...kalau tak, malu seposen...hehe.

Nampaknya tahun 2011 aku akan merangkul 2 gelaran sekaligus...mummy dan granny...Apa-apepun hendak mention disini yang aku mahu dipanggil 'granny'.....haha


















Kisah Semalam

Semalam bersamaan 7 Februari 2011 adalah merupakan suatu hari yang sungguh memenatkan. Bangun seawal jam 5.00 pagi untuk memasak bihun untuk dijadikan bekal buat abah, tiga org anak buah aku yang tinggal sementara denganku dan untuk sarapan en somi yang tercinta.

6.30 pagi bertolak ke sekolah bersama-sama dengan en somi dan 3 org anak-anak itu. Menghantar mereka ke rumah kakakku di Temerloh Jaya untuk menunggu van untuk ke sekolah dan menghantar yang kecil ke tadika. Seterusnya meluncur terus ke SMK Temerloh...1st day at that school setelah sebulan berkhidmat di SMK Temerloh Jaya..."here im coming again...", jerit hatiku...hehe

7.30 pagi selepas memaklumkan ketidakhadiranku di sekolah pada hari itu, terus gerak ke hospital untuk datim dengan en doktor. Saat yang amat mendebarkan apabila no giliranku tiba untuk masuk ke dalam bilik doktor. Hanya doa ku panjatkan....doktor scan dan menunjukkan padaku jantung bby yang sdg bdegup...ketika itu bby sdg baring mendatar... kelihatan kepala, badan, tangan dan kaki....time tuh nak menitis je air mata ini. Alhamdulillah. Doktor cuba mengira due date sebenar aku..tapi, sampai 3 sesi dan 2 org doktor scan, dorang masih kompius tentang date sebenarnya...usia kandungan sama ada 12 minggu 2 hari, 13 minggu atau 14 minggu....sama ada due pada tgh2 bulan Ramadan atau lepas raya. At last, dorang suruh aku datang lagi 2 minggu..untuk scan lagi.

12.00 tghri aku pergi pula ke Klinik Desa Kerdau setelah diberi greenlite oleh doktor untuk membuat 'buku merah'..setelah menjalani segala prosedur asas aku di arahkan pula pada jam 3 petang nanti untuk ke Klinik Kesihatan Sanggang untuk pemeriksaan darah dan pengambilan darah.

2.00 petang menjemput anak-anakbuahku pulang dari sekolah...terus ke KK Sanggang.

5.00 petang menghantar en somi ke terminal bus untuk pulang...terima kasih kerana menjadi en driver seharian bucyukk...hehe























Monday, February 7, 2011

Kisah 7 Februari 2011

Anda teruja? Saya pun sama.....


TUNGGU



Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year

TO ALL MY FRIENDS AND STUDENTS :))




Ular Hitam

Pinjam en google
Jantungku masih lagi berdegup kencang. Mujur aku sempat menutup sliding door bersebelahan dengan bilik aku, kalau tak, tak tahulah apa akan jadi seterusnya.  Mulanya aku igtkan ape...pandang sekali lagi, rupa-rupanya seekor ular hitam sebesar tangan kanak-kanak sedang bergerak menuju ke dalam rumah aku. Cepat-cepat aku panggil abah yang kebetulan berada di rumah. Abah cepat-cepat mengambil buluh dan memukul badan ular. Ular tersebut mengembagkan kepalanya...sah ular tedung...tapi ni masih kategori remaja agaknya. Bila badannya dipukul, terus ular tersebut bergerak masuk ke dalam semak. Kucing di rumah ni sibuk mengejar...tak takut dipatuk agaknya....harap-harap ular itu tidak kembali lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts