P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Semalam

Semalam bersamaan 7 Februari 2011 adalah merupakan suatu hari yang sungguh memenatkan. Bangun seawal jam 5.00 pagi untuk memasak bihun untuk dijadikan bekal buat abah, tiga org anak buah aku yang tinggal sementara denganku dan untuk sarapan en somi yang tercinta.

6.30 pagi bertolak ke sekolah bersama-sama dengan en somi dan 3 org anak-anak itu. Menghantar mereka ke rumah kakakku di Temerloh Jaya untuk menunggu van untuk ke sekolah dan menghantar yang kecil ke tadika. Seterusnya meluncur terus ke SMK Temerloh...1st day at that school setelah sebulan berkhidmat di SMK Temerloh Jaya..."here im coming again...", jerit hatiku...hehe

7.30 pagi selepas memaklumkan ketidakhadiranku di sekolah pada hari itu, terus gerak ke hospital untuk datim dengan en doktor. Saat yang amat mendebarkan apabila no giliranku tiba untuk masuk ke dalam bilik doktor. Hanya doa ku panjatkan....doktor scan dan menunjukkan padaku jantung bby yang sdg bdegup...ketika itu bby sdg baring mendatar... kelihatan kepala, badan, tangan dan kaki....time tuh nak menitis je air mata ini. Alhamdulillah. Doktor cuba mengira due date sebenar aku..tapi, sampai 3 sesi dan 2 org doktor scan, dorang masih kompius tentang date sebenarnya...usia kandungan sama ada 12 minggu 2 hari, 13 minggu atau 14 minggu....sama ada due pada tgh2 bulan Ramadan atau lepas raya. At last, dorang suruh aku datang lagi 2 minggu..untuk scan lagi.

12.00 tghri aku pergi pula ke Klinik Desa Kerdau setelah diberi greenlite oleh doktor untuk membuat 'buku merah'..setelah menjalani segala prosedur asas aku di arahkan pula pada jam 3 petang nanti untuk ke Klinik Kesihatan Sanggang untuk pemeriksaan darah dan pengambilan darah.

2.00 petang menjemput anak-anakbuahku pulang dari sekolah...terus ke KK Sanggang.

5.00 petang menghantar en somi ke terminal bus untuk pulang...terima kasih kerana menjadi en driver seharian bucyukk...hehe























2 comments:

[cactusmelon] said...

ko pun hijau ye.aku ni same la macam ko.dari awal pregnant sampai skrang hijau jek..huhu..tensi mak kene bebel ngan dokter n misi lagik.

sudahnye aku beli je ubat tambah darah.iberet folic -500 keluaran abbot.rm22 - 30biji.makan pagi sebelum bfast.tapi still gak kene makan kerang, hati tu sume..tp better la hb dari sebelum tu.huhu

Jamie said...

nmpknye klu hb aku stay xnek aku kn ikut cara ko...hehe....tpi aku sbnrnya ijo sbb weight yg mlampau...haha...pastu aku ade operation history n arwah mak diebetis..so sgt berisiko la aku ni...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts