P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, June 22, 2010

Mesin Rumput Beg Skolah

Aku dan mesin rumput...

Sepanjang minggu ni, hidup aku diselubungi dengan mesin rumput gara-gara rumput di laman rumah dah semakin membesar dengan suburnya tanpa perlu disiram mahupun dibaja.

Mengimbas kembali detik di mana aku dan en suami pergi ke rumah abang aku untuk mengambil mesin rumput beg skolah..sesampainya di rumah, en suami dengan penuh ghairah menarik picu start mesin tersebut untuk menghidupan mesin..1...2..3..-10 kali mencuba masih belum hidup. Lantas aku mencadangkan en suami pergi membeli 1 liter petrol untuk menambah kuantiti minyak yang sedia ada "mungkin minyak yang sikit die taknak idup kot!" tu la kataku pada en suami.



Tanpa berlengah en suami terus menunggang motosikal abah ke kedai Cikgu Din untuk membeli minyak. Sekembalinya en suami, terus minyak dicurahkan ke dalam tangki minyak mesin rumput beg skolah itu. 1.2.3...-5 tak jugak mahu hidup.

Abah muncul di muka pintu dan berkata " mesin tu rosak, kena hantar baiki, g hantar Kedai Wong" Gelak besar aku ..kesian en suami yang bersusah payah untuk menghidupkan mesin rumput beg skolah itu. Jam menunjukkan lebih kurang 6.30pm. Aku dan en suami segera memasukan mesin rumput beg skolah ke dalam Orenz...Adeh, panjag betui ..hampir tak muat. Dalam perjalanan kami terbau minyak petrol...sah minyak tumpah..abislah Orenz.

Mujur Kedai Wong masih bukak. Pomen di situ terus saja menukar spatplak (tak reti eja) mesin rumput beg skolah itu...1..2..3..pomen itu cuba menghidupkan mesin rumput beg skolah itu..tetapi GAGAL..check dan check dan mesin itu harus di ambil esok untuk membersihkan sisa minyak yang tertumpah banyak pada enjin...esok sila datang pukul 9.30am untuk ambik.

Keesokkan harinya, kami ke Kedai Wong lagi, mesin masih belum siap dibaiki sepenuhnya. Kami harus datang ambil pukul 12tgh. Lantas aku menyuruh abangku ambik.

Pukul 1.30pm mesin rumput beg sekolah tiba di rumah..en suami terus menghidupkn mesin dan memesin 5% rumput di laman...nak buat lebih-lebih masa dan suntuk kerana beliau harus pulang ke Shah Alam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini rumput telah dipotong oleh tukang mesin rumput berbayar...charge die berapa aku tak pasti cos abah yang bayar..hehe..

Kan bagus jika aku mampu mesin rumput sendiri macam Cik Naha depan rumah tue..tapi jika aku mesin guna mesin rumput beg skolah tu tentu aku akan pakinson..huhu

Target aku sekarang adalah nak beli mesih rumput tolak.











2 comments:

princessfrogy said...

da mesin da erk..abah kata nk g mesin sok..huhu

Jamie said...

xpe...tuk simpn energy tuk buln dpn lak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts