P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, September 30, 2010

Pasrah dan Lega

Debaran aku berakhir ..entri di bawah baru beberapa jam dipost...sekarang aku telah menemui titiknya. Walaupun kecewa apabila harapan setelah penantian selama 20 hari aku dan en suami musnah, namun aku lega kerana aku tidak perlu risau akan tulisan merah di bawah. Tuhan itu Maha Mengetahui..mungkin rezeki untuk menimang cahaya mata buat aku dan suami ketika ini masih belum tiba. Segala yang ditentukanNya
pasti ada hikmah....apa-apapun usaha tetap perlu diteruskan.



Musykil dan Debar

Bilakah saya boleh melakukan ujian kehamilan ini ?Alat yang ada di pasaran berupaya mengukur kandungan hCG di dalam air kencing serendah 20mIU/ml. Kandungan sebanyak ini boleh dikesan dengan baiknya dalam masa sehari dua selepas anda tidak datang haid pada hari yang sepatutnya.


Haid saya tidak menentu, bagaimana saya ingin memastikan hari sepatutnya haid saya datang supaya saya boleh melakukan ujian ini ?

Anda harus merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang sekiranya kedatangan haid anda selalunya tidak menentu. Gunakannya sebagai pengukur dan lakukan ujian sehari dua selepas tarikh tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati kerana jawapannya negatif (tidak mengandung), lakukan ujian kedua selepas beberapa hari atau seminggu dari tarikh ujian pertama.


Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya mengandung ?

Anda patut merujuk kepada doktor sakit puan dengan segera dan mengambil langkah-langkah yang perlu seperti pengubahsuaian dalam cara kehidupan seharian anda.


Keputusan ujian saya positif (saya mengandung) tetapi haid saya keluar !

Sekiranya anda mengalamai keguguran yang awal, ada kemungkinan kandungan hCG masih boleh dikesan, menyebabkan keputusan ujian positif. Anda juga dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjut dan melakukan ujian lanjutan dengan segera.



Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya tidak mengandung ?

Anda dinasihatkan melakukan ujian lagi dalam masa seminggu sekiranya haid anda masih juga tidak datang. Sekiranya keputusan yang sama diperolehi, iaitu anda tidak mengandung, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera.
Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi memberikan keputusan yang negatif seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, dysfunctional uterine bleeding, pelvic inflammatory disease (PID), polycystic ovary disease, kanser ovarian dan menopause. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda segera.

Bagaimana sekiranya saya membuat ujian dan ia negatif, tetapi kemudiannya saya melihat garisan yang agak malap muncul pada kertas ujian tersebut ?

Anda mungkin mengandung. Kandungan hCG yang rendah menyebabkan kehadiran garisan tidak begitu terang. Anda perlu membuat ujian lagi sekali. Anda juga perlu membaca arahan yang diberikan dengan teliti. Sebagai contoh, anda diperlukan menitik sebanyak 3 titis air kencing, tetapi anda mungkin hanya menggunakan 2 titis sahaja. Begitu juga, anda mungkin tidak menggunakan air kencing pada waktu yang disarankan.


Sekiranya saya tidak menggunakan air kencing pada waktu pagi, adalah keputusan yang didapati itu tepat ?

Kandungan hormon yang tinggi adalah dalam air kencing pertama pada waktu pagi. Ini memberikan keputusan ujian yang terang.
Sekiranya anda tidak boleh melakukannya pada masa tersebut, anda boleh mengambil air kencing pada masa-masa lain. Bagaimanapun anda dinasihatkan tidak membuang air kencing 4 jam sebelum ujian dilakukan. Anda juga dinasihatkan tidak mengambil air terlalu banyak kerana ia mencairkan air kencing, oleh itu kandungan hCG juga menjadi cair.



Adakah pengambilan ubat-ubatan akan mempengaruhi bacaan ?
Ubat-ubatan yang mengandungi hCG akan menyebabkan keputusan positif yang palsu. Sila tanyakan doktor atau ahli farmasi.


Adakah kemungkinan saya mengandung tetapi keputusan ujian saya negatif ?

Ada kemungkinan, walaupun sangat jarang berlaku. Sekiranya anda percaya anda mengandung walaupun ujian kehamilan UPT menunjukkan anda tidak, dapatkan nasihat lanjut dari doktor sakit puan anda.


Selain daripada menentukan kehamilan, bolehkah UPT menentukan kehamilan yang normal ?

Tidak, ujian UPT hanya mengesan hCG yang dikeluarkan oleh plasenta. Ia tidak mengesan ketidak-normalan di dalam kehamilan seperti kehamilan di luar rahim, dsb. Ini kerana kehamilan seperti ini juga menghasilkan hormon hCG yang sama.


*****Entri kali ini diambil dari SALINDAH..menambahkan kemusykilan aku...aku takut sekiranya tulisan bertanda merah itu terjadi ...dan tulisan biru itu mungkinkah??


Tuesday, September 28, 2010

Lagi 2 Bulan

Dah 10 bulan aku kawin dengan en suami rupa-rupanya. Tinggal dua bulan je lagi kami akan menyambut our 1st Anniversary....sungguh tak sangka. Kejap je dah nak setahun aku jadi isteri orang. Tak sabar pula hendak tunggu bulan 11 nie. Ikutkan 28 Nov 2010 jatuh pada hari Ahad..elok sangat la jika en suami dapat cuti Isnin tuh...bola la kita pergi jalan-jalan sesama ek..klu dapat pergi bercuti lagi bagus kan...nak ke pulau time tuh mungkin tak kot sebab time tuh monsun...agak kurang sesuai...mungkin gie ke tempat-tempat yang boleh meninggalkan nostalgia untuk kita berdua pun dah kira OK. 



I love you en suami...





Wednesday, September 22, 2010

Giveaway Cuti2 Malaysia

(Edisi Giveaway Cuti2 Malaysia ) - KZNABIHAH ENTERPRISE  - Click

Create your own banner at mybannermaker.com!
Aktiviti sepanjang beberapa hari cuti sekolah setakat ini terisi dengan jadual yang amat padat. Bermula Sabtu dengan aktiviti menghadiri kenduri kawen Sumayah, Ahad menyambut kepulangan en suami dan Isnin serta Selasa berada di Negeri Bersejarah, Melaka.


Journey to Melaka bermula jam 7 pagi..Bertolak dari rumah terus meredah hujan renyai2 dan suasana yang masih gelap.

Kami ke Melaka melalui jalan tepi sungai melalui Bera-Triang-Bahau-Kuala Pilah-Tampin dan akhirnya sampai ke Melaka. Sebelum meneruskan pejalanan ke Banda Hilir, kami singgah dulu di Taman Mini Malaysia + Asean (yang tidak dapat dikunjungi coz masih dalam proses renovation) lbh kurang jam 10pagi. Di situ kami berpeluang melihat rumah2 negeri-negeri di Malaysia. Aku tak teruja sangat coz penah gie time skolah rendah dulu. Cuma en suami jela yang sonoknya. Kelaparan, maka kami makan tghri di situ lbh kurng jam 11pagi. Bila perut sudah kenyang kami meneruskan pejalanan, igtkn nak singgah di taman buaya, sekali terlepas la plak, mls nak U-turn.

Bergerak terus ke Banda Melaka..pusing2 cari2 hotel, sekali ternampak Hotel Shahbandar so terus masuk dan tanya, ada kosong lagi tak..syukur masih ada. Ikutkan aku nak jek stay kt Holiday Inn, tapi en suami igtkan aku 'kite dtg cni nak jalan2 je yer...bukn nk tdo'...maka kene la paham kan...so duk jela budget hotel RM128 per nite. Actually aku tak puas ati la dgn hotel tuh, dah la tv takleh tengok, jenuh dah men tekan2 tetap takleh, Wifi lak takleh nak conect..erm..mujur bilik air selesa. Klu tak sia-sia la. Hurm check in kul 12.30tgh...igtkn kul 2.30...boleh check in awal so apalagi...masuk blik..lets mandi..Kepala pun dah penin. Selesai solat segala...kami pun kuar lbh kurang kul 2.30. Destinasi pertama ptg itu ialah Muzium Samudera kot...yang ada kapal kayu besar tu..kire muzium dlm kapal.. Tanpa di sangka di situ bertemu dgn org kg merangkap ex-clasmate aku time form 3, Faridah Hj Sidek...tak sangka lak bleh bertemu di Melaka. Beliau bersama-sama famili abangnya.

Kuar dari kapal besar tu, aku beli topi besor...pdahal masa kt tman mini malaysia tadi aku dah beli 1...aku teruje coz murah sgt...RM10. ikutkn aku mau beli byk2 color...tpi kang letih lak menahan telinge bebelan en suami..maka pendam jela hasrat tu..hehe

Seterusnya kami naik River Cruise dengan bayaran RM10 per person menyusuri sungai Melaka. Seronok dapat tengok pemandangan di tepi2 sungai...ada rumah2 cantik, lukisan2 hasil seni pelajar Uitm Shah Alam di dinding2 bagunan, jambatan2 yg menarik dan mcm2 lagi la...memang rugi la aku menahan mengantok dalam bot tu selama 1jam...pengembaraan yang berbaloi-baloi.

Kemudian kami naik Menara Tamin Sari plak...RM20per pax...seronok dapat tengok keseluruhan Banda Melaka termasuk Selat Melaka. Dapat gakla kami cari mana Kota A Famosa yang kami cari dari tadi tak jumpa lokasinya..hehe

Kemudian nek kereta kami menuju ke hadapan Kota A Famosa..puas mendaki, turun pergi menyejukan banda di mall Dataran Pahlawan.

Bergerak pula ker Mahkota Perade..kami dinner di KennyRRoster..jalan2 dan penat. Aku mengidam plak sate...puas pusing2 banda Melaka, tak jumpa pun. sate orang cina jual adela..sedih tak dapat makan sate melaka...dalam kul 10 malam, pulang ke hotel, mandi dan tido..

Kul 8pagi kami check out...hujan di Melaka. Makan di Restoran Telaga Biru klu tak silap...masakan minang. Aku makan nasi lemak rendang daging + air teh tarik manakala en suami nasi gorang rendang daging + teh o suam...nak tahu berapa kami kena??? RM16.00. Gile kan..xtau la brp ringgit agknya rendang daging yang liat tuh, mungkin RM5 kot..

Selesai makan, pusing2 banda dan stop untuk sesi bergambo..sempat lagik aku singgah beli T-shirt tuk ank buah aku, sbgi upah menemani atoknye dan sedikit ole-oleh melaka seperti dodol, belacan, cencalok dan kerepek tempe.

Perjalanan pulang..Alor Gajah-Tampin-Bahau (kami tersalah masuk jalan, skali jalan tgh renovation...teruk gile, kami skip Kuala Pilah) tapi rasenye kami jimat masa ikut jalan tuh, cume sakit sikit nak elak lubang2 ) - Jempol-Triang-Bera (stop makan nasi ayam msk merah + pucuk ubi + tempoyak, en suami nasi ikan goreng + ulam berserta air sirap dan teh o ais RM11.00 jek)

Sebelum sampai temerloh singgah dlu di Tunas Manja Triang tuk membeli keperluan dapur..eh nie sebelum stop makan da...

Teruskan perjalanan dan sampai Temerloh, singgah pejabat acik ambik baju kenduri Lea yang dah siap jahit. Jalan-jalan cari tudung plak..dan lepak2 di Esplanade Temerloh. Bergerak balik, singgah umah ngah anta ole-ole dan AKHIRNYA sampai rumah.







Monday, September 20, 2010

K o s o n g

Seawal jam 2.30am aku bagun tutup aircond...sejuk sampai ke tulang..2-3 hari ni tidur musti nak kena pasang aircond dulu..kalau tak sure takleh tidur. Pastu tengah-tengah malam mulalah terjaga kerna mau terkucil. Pejam seketika, kul 4.00am pula aku terjaga. Bagun dan terus mengambil pregnancy test...jeng2...  1 line menjelma..ku tunggu dan tunggu hanya satu saja...aku kecewa lagi...terus snap pic dan mms en suami.
Tiba-tiba sebak di dada...ku tahan. Lantas ku bangun dan prepare sarapan dan masak menu for lunch untuk abah.

Kul 7am en suami tepon..lain je bunyinya...dengan nada kecewa. Nampaknya beliau juga merasai apa yang aku rasa. Sesungguhnya kami amat menantikan kurnian Ilahi yang terindah itu. Untuk menyejukkan hati , kami anggap masih belum ada rezeki untuk kami ... tapi aku masih menaruh harapan.

Di sekolah, tidak banyak yang menarik. Pelajar pun masih suam-suam kuku jek. Mungkin badan mereka je di sekolah...tapi fikiran masing-masing entah kemana.



Sunday, September 19, 2010

Kembali ke Sekolah

Lirik Lagu: Kembali Ke Sekolah - Sherina

Senang, riang, hari yang kunantikan
Kusambut, 'Hai' pagi yang cerah
Mataharipun bersinar terang
Menemaniku pergi sekolah
Senang, riang, hari yang kuimpikan
Jumpa lagi kawanku semua
S'lamat pagi, guruku tersayang
Ku siap mengejar cita - cita

Dengarlah lonceng berbunyi
Kawan segeralah berlari
Siapkanlah dirimu
Dalam mencari ilmu

Waktu cepat berganti
Hingga lonceng terdengar lagi
Semua pun bersorak dengan riang

Senang, riang, masa depan 'kan datang
Capai ilmu setinggi awan
Hingga nanti aku t'lah dewasa
Dunia kan tersenyum bahagia


Wah seronoknya lah nak kembali ke sekolah kan bila nyanyi lagu di atas..tapi sebaliknya bagi aku. Aku bukan tak seronok untuk kembali bertugas, cuma aku tak sanggup nak berhadapan dengan pelajar 3 Tekun. Bagaimanalah agaknya dorang sekarang setelah bercuti raya sakan dua minggu ni.

        
Esok lepas je perhimpunan aku terus ada kelas dengan dorang...bingung seketika memikirkan bagaimana keadaan dorang esok...sudah bersediakah nak exam yang dah tidak lama lagi ni?? Atau esok mungkin ramai lagi yang masih asyik di rumah bercuti dan mungkin masih ada yang ponteng kelas esok!!

Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada anak-anak muridku itu...amin.









Thursday, September 16, 2010

Raya Pertama

7 Syawal..esok klu ikutkan ramai yang akan sambut raya puasa 6 bagi yang terus berpuasa sunat mulai hari yang ke-2 bulan syawal. Aku mula pun belum...hehe

Petang tadi en suami telah pulang ke Shah Alam kerna beliau akan memulakan tugas malam ni. Berat rasa hati untuk melepaskan en suami pulang kerna telah seminggu bersama. Last en suami cuti panjang ialah time kami kahwin 9 bulan lepas. Bila la agaknya en suami boleh cuti macm tu lagi kan. Seronok sangat rasanya dapat menyambut lebaran bersama-sama suami tercinta. Satu pengalaman baru yang sudah pasti tidak akan aku lupakan.

Hari raya pertama disambut di kedua-dua kampung untuk memberikan keadilan. Pagi di rumah aku, manakala petang pula di kampung en suami di Terengganu. Tahun depan pula bagaimana ya?? Mungkin ikut sistem giliran.

Pagi di kampungku kami cuma sempat mengunjungi 3 buah rumah..dan petangnya pula kami berangkat pulang ke kampung en suami. Hari kedua di kampung en suami kami memulakan penjelajahan mengunjungi sanak-saudara. Perasaan aku bercampur baur antara gembira, teruja dan gementar. Maklumla inilah kali pertama aku beraya bersama keluarga mertua. Ada di antara sanak-saudara en suami yang baru aku berpeluang untuk bersua muka dan berkenalan.

Raya ketiga di kampung en suami kami akan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu en suami. Sebelum tu, kami singgah di rumah kawan baik en suami di alam persekolahannya iaitu Halim. Semasa di situ en suami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan bahawa emak saudaranya yang koma akibat angin akmar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 9pagi. Kebetulan, arwah ketika itu berada di rumah sepupu en suami yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Maka suasana di rumah tersebut agak sibuk dengan urusan pengurusan dan pengkebumian jenazah dan majlis perkahwinan. Namun, segalanya berjalan lancar...alhamdulillah

Raya keempat...kami pulang semula ke rumahku di Pahang. Duduk di rumah dan tidak pergi beraya kemana-mana pun.




Saturday, September 4, 2010

Cikgu Penin

Tiba-tiba sahur ni aku teringatkan anak-anak didikku terutama pelajar kelas 3Tekun. Walaupun aku mengajar kelas ni baru sebulan, aku dapat rasakan hati aku dekat dengan mereka. Aku bimbang akan kemampuan pelajar ni untuk menduduki PMR 2 minggu selepas cuti raya. Berdasarkan keputusan trial mereka baru-baru ini, aku rasa mereka masih perlukan setengah tahun lagi untuk memperoleh A dalam Bahasa Melayu mereka. Bahkan ada beberapa orang pelajar masih lagi susah untuk LULUS.


CONTOH SLIP KEPUTUSAN PMR


Salah aku kah?? Dalam masa sebulan setelah diberi mandat mengajar mereka aku sentiasa berdebar. Bagiku banyak lagi bahagian yang mereka masih lemah. Ada juga yang masih tidak tahu cara untuk menjawab sesetengah bahagian. Aku dah buat sedaya yang mampu...ada masanya aku kecewa kerana aku je yang terlalu berkobar-kobar macam aku yang nak ambik PMR, tapi mereka boleh lagi sambil lewa. Boleh lagi berborak pasal pakwe bagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki pula boleh lagi tidur sepanjang kelas aku. Kedatangan pula sangat sedih....hanya 40% jek. Kedatangan penuh hanya time exam. Bila aku suruh keluarkan buku, mulalah bagi alasan 'tak bawa' dan 'ilang'. Bagaimana?

Bagaimana sekarang?? Apa harus aku lakukan...? Bagaimana nak buat mereka sedar bahawa PMR.. 5 OKTOBER 2010 itu sudah tidak lama!! Bila mereka nak DEMAM PEPERIKSAAN??







Friday, September 3, 2010

Rintihan Emak Saudara

Esok bermulalah cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka pada Jumaat 10/9/2010. Esok juga bermulalah aktiviti mengemas rumah, membersih sawang dan lantai, menyusun atur perabot untuk kelainan mungkin dan seangkatan dengannya.

Persoalannya kini mampukah aku melaksanakan tugasan  tersebut seorang tanpa belas ihsan daripada orang lain? Rasanya aku sangat tidak berdaya untuk itu. Lebih-lebih lagi kondisi aku sekarang yang agak lemah. Hari ini merupakan hari ketiga aku berpuasa dalam keadaan demam. Hari pertama boleh lagi aku ambil cuti sakit , hari kedua dan ketiga aku gagahkan juga untuk ke sekolah walaupan pada fizikalnya aku nampak sihat tapi bila dah balik rumah aku melepek macam ayam berak kapur. Sangat tidak berdaya untuk meneruskan tugasan memasak untuk juadah berbuka. Tapi apakan daya, aku tiada pilihan lain harus tetap memasak untuk aku dan abah. Kesian abah, dah tiga hari aku masak yang simple je..aku pun makan bubur nasi sebab tekak  aku sangat perit untuk menelah pepejal. Selera makan aku pun menurun tapi berat aku rasa stay maintain gak!



Aku sangat berharap anak-anak buahku sudi datang menolong acu mengemas rumah nanti. En suami memang tidak boleh kuharapkan kerana beliau hanya akan mula bercuti pada hari Khamis sehari sebelum lebaran.



Bertemu Malam Lailatul Qadar

MALAM LAILATUL-QADAR


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:

" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "
 
Sumber : JAIS





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts