P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, September 4, 2010

Cikgu Penin

Tiba-tiba sahur ni aku teringatkan anak-anak didikku terutama pelajar kelas 3Tekun. Walaupun aku mengajar kelas ni baru sebulan, aku dapat rasakan hati aku dekat dengan mereka. Aku bimbang akan kemampuan pelajar ni untuk menduduki PMR 2 minggu selepas cuti raya. Berdasarkan keputusan trial mereka baru-baru ini, aku rasa mereka masih perlukan setengah tahun lagi untuk memperoleh A dalam Bahasa Melayu mereka. Bahkan ada beberapa orang pelajar masih lagi susah untuk LULUS.


CONTOH SLIP KEPUTUSAN PMR


Salah aku kah?? Dalam masa sebulan setelah diberi mandat mengajar mereka aku sentiasa berdebar. Bagiku banyak lagi bahagian yang mereka masih lemah. Ada juga yang masih tidak tahu cara untuk menjawab sesetengah bahagian. Aku dah buat sedaya yang mampu...ada masanya aku kecewa kerana aku je yang terlalu berkobar-kobar macam aku yang nak ambik PMR, tapi mereka boleh lagi sambil lewa. Boleh lagi berborak pasal pakwe bagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki pula boleh lagi tidur sepanjang kelas aku. Kedatangan pula sangat sedih....hanya 40% jek. Kedatangan penuh hanya time exam. Bila aku suruh keluarkan buku, mulalah bagi alasan 'tak bawa' dan 'ilang'. Bagaimana?

Bagaimana sekarang?? Apa harus aku lakukan...? Bagaimana nak buat mereka sedar bahawa PMR.. 5 OKTOBER 2010 itu sudah tidak lama!! Bila mereka nak DEMAM PEPERIKSAAN??







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts