P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, September 3, 2010

Rintihan Emak Saudara

Esok bermulalah cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka pada Jumaat 10/9/2010. Esok juga bermulalah aktiviti mengemas rumah, membersih sawang dan lantai, menyusun atur perabot untuk kelainan mungkin dan seangkatan dengannya.

Persoalannya kini mampukah aku melaksanakan tugasan  tersebut seorang tanpa belas ihsan daripada orang lain? Rasanya aku sangat tidak berdaya untuk itu. Lebih-lebih lagi kondisi aku sekarang yang agak lemah. Hari ini merupakan hari ketiga aku berpuasa dalam keadaan demam. Hari pertama boleh lagi aku ambil cuti sakit , hari kedua dan ketiga aku gagahkan juga untuk ke sekolah walaupan pada fizikalnya aku nampak sihat tapi bila dah balik rumah aku melepek macam ayam berak kapur. Sangat tidak berdaya untuk meneruskan tugasan memasak untuk juadah berbuka. Tapi apakan daya, aku tiada pilihan lain harus tetap memasak untuk aku dan abah. Kesian abah, dah tiga hari aku masak yang simple je..aku pun makan bubur nasi sebab tekak  aku sangat perit untuk menelah pepejal. Selera makan aku pun menurun tapi berat aku rasa stay maintain gak!



Aku sangat berharap anak-anak buahku sudi datang menolong acu mengemas rumah nanti. En suami memang tidak boleh kuharapkan kerana beliau hanya akan mula bercuti pada hari Khamis sehari sebelum lebaran.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts