P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, August 22, 2010

13 Lauk Berbuka Puasa

Alhamdulillah..selamat dah hari ke-12 berpuasa. Perut ini masih se'eh lagi setelah melantak nasi dengan juadah yang bermacam-macam. Sonok rasanya apabila dapat berbuka puasa dengan famili akak dan abang. Walaupun hanya 2 famili campur aku dan abah tetapi keseronokkan berbuka bersama sangat meriah.Dalam 10 orang ahli jemaah makan dengan berseleranya. Harap Ramadan kali ni dapat jugak sekali makan bersama dengan seluruh ahli keluarga.



Juadah  hari ini telah disediakan oleh aku sendiri , acik dan etam dari rumah masing-masing maka terhasillah menu seperti di bawah :

1.   Sup ayam
2.   Begedil sardin
3.   Kerapu sweet sour
4.   Sambal perut
5.   Gulai lemak peria + udang
6.   Sayur campur
7.   Ayam masak merah
8.   Pais tempoyak ikan
9.   Ikan masin berlada
10. Gulai kawah daging
11. Telur dadar
12.  Kacang panjang + daging  kicap
13.  Gulai lemak kobis
***Kuih muih, dan bermacam-macam jenis air tiada dalam gambar



Saturday, August 21, 2010

Rutin Bulan Puasa

Hari ini dah 11 Ramadhan...pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu...dah nak hampir setengah bulan dah umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..kalau dulu masa kecik2 punyalah lama nak abiskan bulan Ramadan ni..maklumla time tuh tak menghayati sangat kenikmatan berpuasa dan berada dalam bulan yang mulia ini. Yang tahu tak sabar nak raya.

Syukur Ramadan kali ini lebih bererti bagiku berbanding tahun-tahun sudah. Puasa sehari tuh hampir tak terasa lapar, dahaga dan penatnya. Jika hari sekolah, sampai rumah dalam pukul 3 lebih...mandi, solat dan bermalasan di kamar. Tu kalau balik awal, kalau ada meeting, singgah kedai beli barang atau pergi berjimba-jimba dulu maka paling lewat akan sampai rumah kul 4.00. Kalau dah pukul 4 masuk dapur jela jawapnya...masa untuk bermalasan harus diskip...kang lambat lak masak. Biasanya masak tak la lama manapun...setakat nak masak 3-4 lauk tuh hanya lebih kurang 1 jam jek. Bila dah siap masak aktiviti berfesbook pun bermula. Selain melayan kumen-kumen, hobi terbaruku kini ialah melayan FarmVille yang dah lama aku tinggalkan sebelum ini. Tapi masalahnya tenet kat rumah ini taklah laju...maklumla Kerdau ini masih belum ada 3G (CELCOM sila upgradekan servismu) maka susah sikit lah aku nak naik level farmville tu...jeles tengok ladang kawan-kawan yang dah meriah dengan tanaman dan ternakan..hehe

Dalam pukul 7 masuk dapur semula tuk bancuh air teh abah...aku minum air sejuk peti manjang. Setelah berbuka, bila dah siap maghrib semua...Aida anak buahku pun datang....mama dan abah dia pergi terawih di masjid bersama-sama abahku...Dia dititipkan sama acunya. Maka hingga hari ini belum pernah pergi lagila aku ke masjid berterawih. Hanya berterawih di rumah jela dalam 8 rakaat...tapi tu pun kadang-kadang jek....selalu ponteng (iiskkkk teruk!!!)

Bangun sahur lak kul 4.30 pagi...pas dah panas-panaskan lauk segala, pukul 5 kejutkan abah dan bersahur bersama.Kemudia on tenet kutip hasil kat farmville. Puluk 6 pagi, mandi-manda tuk ke sekolah. 6.40 gerak ke sekolah.......beginilah rutin harianku sepanjang ramadhan ini.

Kalau weekend pula pagi-pagi kemas umah, tengok tv dan berjimba-jimba..klu en suami pulang wekeend dipenuhi dengan bunga-bunga cinta ...





Thursday, August 19, 2010

KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA




KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA


(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!



Saya sangat suka lagu eni..!


Saturday, August 7, 2010

:: Salam Ramadan ::

Salam Ramadan....

Tinggal beberapa hari je lagi umat Islam sedunia akan berpuasa. Tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran ramadan lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun pertama as isteri orang. Sebelum ni selalunya berbuka puasa dan bersahur dengan abah jek jika kakak-kakak serta abang-abangku tak balik...tapi kini sesekala bila tiba weekend leh berbuka dan bersahur dengan en suami juga. Walaupun hanya mungkin boleh balik 2 minggu sekali yang pasti detik kepulangan beliau sentiasa ku nanti dengan penuh keterujaan dan kebungaan di hati.




Diharapkan Ramadan kali ini dipenuhi dengan amal ibadat kepadaNya  serta segalanya berjalan lancar. Amin...





Monday, August 2, 2010

Cameron Highlands yang masih sejuk

Post pertama untuk bulan Ogos nak kongsi tentang trip singkat ke Cameron Highland. Family trip nie sebenarnya tak dirancang awal pun...rasenye dalam 1week jek kerna decide nak gie atau tak. Idea di cetuskan oleh anak buah aku tuk meraikan besday mak dorang (akak aku lah). Aku sekadar menjoin jek. Adik-beradik ku yang lelain tak boleh join...ada urusan masing-masing...lagipun namapun last minute...agak payah lah nak dapatkan penyertaan semua ahli keluarga tuh. Maka yang gie hanyalah keluarga Along aku , aku, en suami dan abah.

Aku ditugaskan mencari apartment untuk kami menginap...maka terjumpalah blog http://animfariza.blogspot.com/ yang ada menawarkan apartment di Villa Dahlia..harga yang bagiku sangat berpatutan dengan 3bilik yang sangat selesa dan dilengkapi dengan kemudan dan perabot yang lengkap. Memang tak rugi la menginap di situ..rasanya pasni klu nak gie lagik, tentu aku akan stay kat situ.





Perjalanan ke Cameron Highlands melalui Jerantut-Kuala Lipis-Sg Koyan-Pos Betau-Bertam-Habu-Ringlet-Tanah Rata dan akhirnya sampai Brinchang yang hanya memakan masa lebih kurang 3jam...actually apartment tu terletak di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang kira sangat strategik.

Hari pertama di Cameron Highlands en suami penin...dan hari kedua aku pula yang penin. Kesimpulannya kami sangat tidak sempat untuk pergi ke banyak tempat..tapi kami sangat segar apabila tiba masa untuk sopinnnn!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts