P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, April 30, 2011

Baju Baby Telah Dibasuh

Baru je angkat kesemua baju-baju baby, mitten n booties, tuala, napkin dan bid baby. Masa menjemur tuh agak berpeluh-peluh juga. Maklumla...dah la kecil-kecil semuanya...puas jugak hendak habiskan. Tapi seronok sangat bila tengok kesemuanya berada di ampaian...comel. Tak sabar hendak tunggu dan tengok baby pakai pulak :))


Membasuh dgn ini



Madela Breastpump

Which One?

Ramai yang kata Madela Breastpump okey dan mudah digunakan berbanding jenama breastpump lain. Rasanya hendak juga menggunakan Madela ini. Cuma sekarang kompius nak beli yang mana...bukan beli breastpump sahaja...mau yang pakej. Tapi jenis breastpump itu yang menjadi tanda tanya... sama ada HARMONY MANUAL , MINI ELECTRIC atau SWING (yg mahal tapi takut tak better)

Barangan Mummy


1. Set lps bersalin (brand apa pun tak tahu lagi...ada cadangan?)
2. Maternity pad
3. Batu tungku
4. Nursing Bra
5. Breast pad

6. Breast pump (Ramai kata Madela OK!)
7. Bengkung (acik kasi)
8. Stokin






Barangan Baby (UPDATED)

Sudah ada atau belum ?


1. Baju - long sleeve & short sleeve (nk + rompers je lgi 2 helai) - 1 helai dibeli 8/5/2011
2. Seluar – panjang & pendek 
3. Barut (tempah kt kak Huzaimah)
4. Napkin (ada 20 helai ckup utk bedung jg)
5. Mitten n booties 

6. Tuala kecil lap air liur/susu
7.  Minyak telon
10. Sikat bayi
11. Baby wipes
12. Bedak baby 
14. Baby bath / baby shampoo
15. Bedung 
16. Bottle drying stand
17. Bottle – small+medium+large
18. Berus cuci botol susu
19. Bath tub + pelapik

20. Termos
21. Bekas air masak

22. Pampers
23. Baby manicure set
24. Tuala
25. Selimut (Cadang nak beli kain then jahit tepi jek)
26. Beg jln2/nusery 
27. Cotsheet (alas lps mandi)
28. Tilam / bantal kepala / bantal peluk
29. Bedding set
31. Bakul/almari baju + bedak etc 

32. Safety pin for napkin dll
33. Stroller
34. Carrier carseat
35. Baby cot (pinjam acik punya)
36. Tilam +bumper pad + cadar (Untuk baby cot) 
37. Rocker 
38. Kelambu
39. Sabun basuh bayi 


Hitam - Done at 1st
Hijau - Done 8/5/2011
Merah - Not Yet - Akhirnya semua telah dibeli 28/7/2011


Carrier Carseat

En suami....ini sudah restock!! Huhu



Dynamo Buat Rita



Stroller Sampai


Cepat lak rasanya sampai hasil pembelian online beberapa hari sudah... tapi sayang aku tak reti nak pasang...kena tunggu en somi balik atau jika ada mana-mana abangku datang baru leh pasang...hehe

Thursday, April 28, 2011

House Boat

Terasa ingin sekali merasai nikmat bercuti di House Boat yang hanya satu-satunya terdapat di Janda Baik ini. Bilakah agaknya? Dengan kadar bayaran RM 350.00 semalam.

http://www.sailorest.com/


Aku Mengambil Risiko

Semalam aku order...hari ini aku bayar online. Kali ini pembelian yang sangat berani dari aku tanpa sebarang bantahan dari en somi...heran jugak aku kenapa en somi sama sekali tidak katakan JANGAN! Mungkin en somi telah terdesak dengan kerenah aku yang mahukan yang lebih mahal dan sungguh banyak cekadak ini...haha


Aku telah order dah bayar SCR6 Stroller dengan bayaran RM 429.00 + rm 20.00 (pos) = RM 449.00. 


Biasanya paling banyak pun jumlah aku shopping online hanya dalam RM100.00....tapi kali ni nilai yang lebih berganda. 


Harap-harap barang sampai dalam keadaan elok dan memuaskan hati. Walaupun tak dapat Quinny yang SANGATLAH out of budget itu...hoho


SweetCherry 


Quinny
*** rupa ala-ala sama kan....hehe

Wednesday, April 27, 2011

Kakak Iparku Kini Kurus

Sebelum kurus




Aku memang tahu, Kak Natrah kakak iparku sudah kurus. Masakan tidak, beliau sangat aktif menjalani kehidupan harian tanpa makan nasi. Hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum air masak dengan kuantiti yang sungguh banyak. 



Bagaimana Kak Na boleh bertahan tanpa makan nasi ya? Aku rasa aku tak mampu...tapi dengan produk Litchin De bella yang juga turut digunakan oleh Aisyah penyanyi tuh dapat membantu Kak Na untuk tampil lebih menawan. Body dah macam anak dara walaupun sudah berusia 40 tahun. Hebat kan!!

En suami dengan galaknya berkata padaku...pas bersalin nanti boleh la try...huhu.


Klik gambar!!

Bagi sesiapa yang berminat untuk order bolehlah menghubungi Puan Natrah di talian 013-337 4435 atau singgah sendiri di Pasaraya A.A Hayat di Hulu Langat, Selangor 


Monday, April 25, 2011

Baju Raya

Walaupan dijangka pertengahan Ramadan aku bakal melahirkan InsyaAllah, tapi aku tetap berkenginan untuk memiliki baju raya. Rasanya kalau dah seminggu bersalin aku dah boleh pakai baju kurung untuk sesi bergambar di hari raya kot...(bajek...haha).

Raya tahun ni ingat nak cari warna kelabu. Sudah pasti hendak sedondon dengan en suami dan boleh tak buat baju raya untuk baby sekali agak-agaknya? Hehe...2 minggu lagi en suami balik nak ajak dia pergi sopin beli baju siap/ kain tuk buat baju raya lah... sebab kalau hendak tempah, sekarang adalah masa yang terbaik kan.

Gambar di google...maaf ek keluarga dalam famili....En suami, saya hendak warna kelabu seperti di dalam gambar..harap berkenan juga ya :))


Me Desire HTC Desire S

Sangat menggoda jiwa handphone ini...








Sunday, April 24, 2011

Ulangtahun Kelahiran Sang Suami

Hiasan semata-mata
24 April 2011 adalah hari ulangtahun kelahiran en suami yang ke-27. Selamat Hari Lahir Abang..sayang tau kalau sayang beli kek pun hanya kita berdua je makan..maka tahun ni sayang tak beli pun kek. Abang tak kisah pun kan sebab abang dapat ikan pekasam....haha.

Rasanya tak perlulah sayang tulis panjang-panjang sebab dalam kad ucapan arituh pun nek jenuh dah abang baca..ye tak? hehe


Hepi Besday juga untuk Kak Idot 

Saturday, April 23, 2011

Ayam Penyet

1st time makan masakan minang + jawa iaitu ayam penyet. Makan sampai meleleh air mata...tapi sangat sedap!!!









Borong Sakan

Hari ini adalah hari ganti persekolahan..tapi aku tak pergi. Hari ini adalah hari aku dan en suami pergi ke Jualan Gudang Pureen di Petaling Jaya.

Puas jugak mencari lokasi kejadian..tapi alhamdulillah kami berjaya ketemu juga dengan bantuan en GPS dan Google Maps. Tiba di sana lebih kurang 10.30 pagi setelah jenuh mencari parking yang akhirnya kami terpaksa menapak sejauh 500 meter tapi tak kisahlah kan...asal boleh memborong. Time kami tiba, orang jangan cakap la, memang lautan manusia.. nak dapatkan barang pun susuh. Banyak barang yang kami rembat jek masuk soping beg. Paling tensen berebut baju baby...tapi dalam tak sangka tuh, balik-balik rumah ada dekat 10 pasang baju kami dapat. Belum kira seluar dan baju yang tak sepadan...huhu. Memang seronok la merasai pengalaman hari ini. Berebut dan berpeluh-peluh untuk bayar. Tapi hasilnya boleh rujuk gambar...memang sangat berpuas hati maklumlah hampir-hampir mencecah RM600...huhu.

Selain memborong di situ. Kami juga sempat singgah di Tesco Shah Alam dan Empire Shopping Gallery Subang Jaya untuk mendapatkan Fisher Price Rocker yang tiada sale...huhu





Pemborongan Pureen


Hasil pemborongan hari ini :))


Tuesday, April 19, 2011

Masuk Hospital Lagi

Gambar sekadar hiasan
Kembali ke rumahku syurgaku setelah 4 hari check in di HOSHAS. Segar dah kembali bermaya rasanya setelah mengalami demam panas 40 darjah celcius... Jika time tidak berbadan dua, demam macam manapun makan ubat dan tahan gitu je pun takpe. Tapi bila dah mengandung ni, keadaan baby dalam perut ni tetap kena pikirkan.


Alhamdulillah, semalam sebelum keluar hospital, bila scan tengok baby lega rasa bila tengok dia tetap aktif macam biasa. Dah 3 hari ni aku dah boleh rasai perutku di tendang-tendang. Dalam sehari banyak kali jugak lah aku kena kick. Seronok rasanya...bila terasa ada bende dalam perut ni bergerak-gerak.

Perubahan lain ialah aku dah mula terasa semput bila berjalan...dah terasa dah berat bawa perut ni..tapi tak kisah, bawa baby ku yang tersayang ni..

***berat turun lagi 3kg...oh no..no..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts