P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, June 28, 2011

Macam Chipsmore

Aku muncul kembali. Macam biskut chipsmore kan....jap ada..jap takda. Dulu hari-hari ada. Tapi sekarang jarang-jarang dah. Entahlah. Ikutkan banyak je nak share...terutama saat-saat indah berbadan dua ni. Tapi mungkin diri agak malas, jadi tak tershare lak. Di facebook memang hari-hari update... :))

Ada 47 hari lagi sebelum tibanya detik yang mendebarkan itu...itu jika mengikut kiraan. Persiapan rasanya sudah cecah 90%. Cuma yang masih belum dibeli yang aku rasa agak perlu adalah breastpump. Ikutkan hendak beli direct dari kedai, tapi di Temerloh ni, susah nak dapat. Susah-susah beli online jela nanti.

Beg barangan baby untuk dibawa ke hospital memang dah ready lama dalam kereta. Cuma beg aku je belum lagi. Harap hujung minggu ni bila en suami pulang boleh la kami siapkan bersama-sama. Rasanya ada beberapa lagi barang yang perlu dibeli seperti :
- Panty pakai buang 
- Kain batik siap dijahit lagi 3 helai
- Selipar (tak beli pun takpa....saja nak yang baru kalau boleh)

























Monday, June 20, 2011

Percaya Padaku Suamiku




Aku tak tahu apa yang kurasakan 
Dalam hatiku saat pertama kali 
Lihat dirimu melihatmu 
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdetak tak menentu 
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku 
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu 
Dalam hatiku ku cinta padamu 

Jualan Gudang Pureen Julai 2011

Jualan Gudang Pureen datang lagi Julai ini. Rasa hendak pergi lagi..tapi sudah tak larat Ok.. So kepada sesiapa yang berkenaan aku sangat galakkan korang pergi. Memang sangat berbaloi. Cuma kalau boleh selain pergi dengan en suami, bawalah assistant untuk angkut barang yea...kalau ada troli macam kat supermarket tuh boleh la bawa...haha



Saat aku menyopin di situ dulu..leh la klik di sini..

Friday, June 17, 2011

Booking Myvi Elegance Purple

Sangat teruja melihat Myvi Elegance Mystical Purple (Metallic). Jika tiada Orenz sudah tentu aku akan pastikan Purplez menjadi milikku...

Jom layan gambar..







Unknown

Time aku type ni air mata jatuh berjujuran...arini saja entah berapa kali tanpa aku sedar dia mengalir keluar. Malam tadi tak sedar tidur pukul berapa dengan airmata...aku pun tidak tahu kenapa aku begitu sensitif di saat ini. Tapi yang pasti aku sangat memerlukan dia. Tapi aku harus berkorban dengan situasi sekarang. Tapi aku lemah. Aku tidak berdaya....tidak mampu untuk menahan airmata ini dari terus mengalir kerana aku terlalu rindukan belaian dia dan menatap wajahnya di saat ini. Kesian pada baby. Harap baby faham dengan perasaan mak dia ketika ini...lega dapat luah di sini...kerana tiada siapa yang boleh dengar luahan aku dan faham perasaan aku ketika ini termasuk dia.


Thursday, June 16, 2011

N✿ra Elena vs Dewa Cint♥ku

Tadi berakhir sudah drama Nora Elena...as usual cita Melayu happy ending lah.... banyak sungguh airmata aku dibzirkan untuk cerita ini...huhu



Nantikan pula DEWA CINTAKU...alamakkk Fasha sendat berlakon....oh tidak!!




UsOp Wilcha @ HotFM

Pagi tadi on the way pergi sekolah macam biasa dengar Hot FM. Tiba-tiba dengar sore Usop Wilcha. Sebelum ni penah la dengar dia terkena panggilan hangit. Tapi hari ini dia mula bertugas sebagai penyampai bersama Farah, Faizal, dan AG.

Tapi kan, tone suara dia agak berlainan dengan dorang bertiga....mungkin disebabkan perbezaan usia kot...huhu.

Curik dari Hot FM FB


Wednesday, June 15, 2011

60 Hari Lagi

Telah berminggu tidak menulis secara rasmi di blog ini. Rangkuman 2minggu punya cerita :

Cuti sekolah selama dua minggu - Cuti dimulai dengan demam. En suami terpaksa bercuti menjaga diri ini yang demam. Hanya pergi ke klinik swasta. Jika ke hospital tentu sekali di tahan di wad. Aku tidak sanggup lagi berbosanan hospital sendirian. Terima kasih en suami kerana menjaga diri ini yang demam.

Minggu kedua cuti - pulang ke kampung halaman en suami selama 4 hari. Sangat sibuk menghadiri kenduri kendara di sana-sini. Cuaca di Kuala Terengganu sangat panas. Demam aku hampir kembali. Tapi alhamdulillah segala-galanya masih terkawal.
Mertua mengadakan kenduri doa selamat untuk aku dan baby malam sebelum kami pulang.

Hari ini hanya tinggal 60 hari je lagi untuk aku melahirkan. Itu pun jika ikut due date scan 14 Ogos 2011. Tapi aku kena masuk hospital pada 31 Julai 2011...maklumla ibu yang berisiko. Mungkin tidak sampai pun 60 hari. Perasaanku di saat ini memang susah hendak digambarkan. Sangat takut. En suami pun begitu juga "abang takut sayang sakit je nanti " adalah yang selalu diluahkannya.

Baby di dalam perut juga semakin galak bergerak dan perpusing. Semalam aku di geletek oleh jari jemari baby. Sangat geli rasanya ..

Size baby (7 bulan)
Baby’s energy is surging, thanks to the formation of white fat deposits beneath the skin. (Have those kicks and jabs to the ribs tipped you off yet?) Baby is also settling into sleep and waking cycles, though -- as you’ve also probably noticed -- they don’t necessarily coincide with your own. Also this month, all five senses are finally functional, and the brain and nervous system are going through major developments.


Monday, June 13, 2011

Malas Hapdet Blog!

JANGAN TANYA KENAPA LAMA TAK UPDATE BLOG ! SEKIAN TERIMA KASIH!!

Thursday, June 2, 2011

Terima Kasih Abang

Abang, hanya ucapan terima kasih dapat sayang luahkan kerana sanggup berjaga malam dua malam berturut-turut menjaga sayang yang demam ini. Walaupun malam pertama di Putrajaya tapi abang tetap tabah berusaha menyejutkan badan sayang. Sayang tahu, di saat itu sayang memang terlalu lemah. Terasa badan yang panas dilapkan dengan kain..kepala pun dituamkan dengan kain sejuk. Bangun pagi, sayang dapat lihat mata abang merah ...sayang tahu abang tidur sekejap je...abang pening...tapi abang harus menghadiri temuduga seawal jam 7.30 pagi. Sayang doakan abang berjaya menjawat jawatan tersebut.

Malam kedua, sayang masih demam. Malah lebih tinggi suhunya. Abang tetap berusaha untuk melakukan apa saja untuk sayang. Abang juga sanggup ponteng kerja demi menjaga sayang. Terima kasih...sayang tahu abang tidak sampai hati untuk tinggalkan sayang...tapi abang harus kerja kan...sayang pun dan sihat sekarang. Cuma masih selsema dan batuk-batuk je sikit. Abang usah bimbang ya... :))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts