P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, June 28, 2011

Macam Chipsmore

Aku muncul kembali. Macam biskut chipsmore kan....jap ada..jap takda. Dulu hari-hari ada. Tapi sekarang jarang-jarang dah. Entahlah. Ikutkan banyak je nak share...terutama saat-saat indah berbadan dua ni. Tapi mungkin diri agak malas, jadi tak tershare lak. Di facebook memang hari-hari update... :))

Ada 47 hari lagi sebelum tibanya detik yang mendebarkan itu...itu jika mengikut kiraan. Persiapan rasanya sudah cecah 90%. Cuma yang masih belum dibeli yang aku rasa agak perlu adalah breastpump. Ikutkan hendak beli direct dari kedai, tapi di Temerloh ni, susah nak dapat. Susah-susah beli online jela nanti.

Beg barangan baby untuk dibawa ke hospital memang dah ready lama dalam kereta. Cuma beg aku je belum lagi. Harap hujung minggu ni bila en suami pulang boleh la kami siapkan bersama-sama. Rasanya ada beberapa lagi barang yang perlu dibeli seperti :
- Panty pakai buang 
- Kain batik siap dijahit lagi 3 helai
- Selipar (tak beli pun takpa....saja nak yang baru kalau boleh)

























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts