P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, March 8, 2011

Tips Memilih & Membeli Baju Mengandung.

Biasanya baju mengandung tak perlu dibeli sewaktu diawal kehamilan (masa kandungan bawah 5 bulan) sebab masa ni perut tak besar lagi. Bagi wanita melayu, biasanya masa ni lah banyak pakai baju kurung terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Cuma bahagian pinggang kain lah nak kena adjust sikit sebab tak boleh nak letak cangkuk. Tapi anda boleh letak pin baju (seeloknya pin yang besar macam pin lampin bayi tu…) supaya kain tak terlondeh.

Untuk membeli baju mengandung, ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan :
  1. Seeloknya pilih baju yang dibuat dari kain kapas. Semasa mengandung badan mudah terasa panas. Ditambah pula dengan cuaca negara kita yang sememangnya panas. Jadi seeloknya anda pilih baju yang mudah menyerap peluh untuk keselesaan.
  2. Kebanyakan fesyen baju sekarang ni jenis yang besar dibahagian perut. Ini adalah satu kelebihan kerana selepas habis tempoh mengandung nanti anda masih boleh memakai baju yang sama. Cuma mungkin fesyen ni bertahan beberapa tahun saja. Almaklumlah fesyen baju sentiasa berubah-ubah. Tapi apa salahnya, esok-esok bila anda hamil lagi, boleh pakai baju yang sama balik.
  3. Pilih baju yang longgar kerana perut anda akan makin membesar nanti. Elakkan dari memilih baju yang ngam-ngam je boleh pakai waktu beli tu.
  4. Untuk seluar, seeloknya pilih seluar yang berwarna gelap untuk mudah dipadankan dengan mana-mana baju
  5. Juga, untuk seluar elakkan dari memilih seluar yang ketat dan menekan dibahagian perut. Cuba dapatkan seluar yang bahagian pinggangnya boleh diubah sama ada untuk ketat atau untuk dilonggarkan
Pesanan akhir saya, elakkan dari membeli baju mengandung yang banyak. Jumlah koleksi terbaik ialah cukup untuk pusingan seminggu. Bukan apa, biasanya bila anda mengandung lagi nanti, anda tetap rasa nak beli baju mengandung yang baru jugak. Ditambah pula tempoh anda memakai baju mengandung biasanya cuma antara 5 ke 7 bulan saja. Lepas tu, semua baju ni akan disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila anda hamil lagi.

Apatah lagi, banyak lagi persediaan lain yang perlu anda sediakan seperti kelengkapan bayi, bajet untuk kos dan rawatan bersalin di hospital, ubat bersalin, bengkung, pam susu, bajet untuk rawatan mengurut selepas bersalin bla…bla..bla….

Totally di copy dari sini


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts