P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, March 16, 2011

Balik Kampung Yang Seru

Seronok dan puas rasa hati dapat pulang ke kampung halaman en suami setelah 6 bulan lamanya tidak pulang. Bukan sengaja tidak mahu pulang ke sana yea...cume mengikut nasihat doktor sahaja. Selama 4 hari disana, masa kami terisi dengan padatnya. Sesampainya di sana, kami terus menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelasku Fetty di Batu Buruk. Di situ juga bertemu Cema yang dah sarat memboyot...bulan 5 nanti masa beliau untuk melahirkan akan tiba.




Selain masa bersama famili...kami juga tidak melepaskan peluang untuk shoping. Sakan aku membeli di pasar payang. Antara barang yang dirembat adalah seperti narita, kaftan, kain pasang, baju, skirt, makanan, buah-buahan, jeruk dan yang paling tidak sangka untuk pertama kalinya barang tuk bb dibeli...set tilam dan sarung kekabu. Sebelum ni biasa tengok online jek..ikutkan harga online mencecah lebih kurang RM120. Tapi di Pasar Payang set tilam RM 55 dan sarung dia RM 35..tapi yang membuatkan aku terus membeli bila makcik yang jual tuh kasi aku RM45 untuk set tilam bersama sarung....maka nak tunggu apa...rembat jela kan. Jimat tuh...tapi kot2 memang gitu harganya..aku je yang teruje telebih. Tak kisahlah...:))

On the way balik sini semalam singgah pulak di Mesra Mall dan secara tidak sengaja boleh pulak terjumpa Nad & Ibtihaj yang cumeii tuh. Di Mesra Mall, masuk Toy's R Us dan tengok harga Fisher Price Rocker xdop sale....bila ek nak ada sale....mau rembat 1...hehe













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts