P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, December 28, 2010

SaKit OK!

Seperti yang dijanjikan aku nak cerita pasal pap smear.Yang paling utama aku hendak kongsi di sini ialah
ujian pap smear adalah SAKIT. Tidak tahulah bagi orang lain macam mana diorang rasa tapi yang aku rasa bukan saja sakit malah tersangatlah malu maklumlah doktor yang melakukan ujian tersebut keatas aku adalah doktor lelaki muda yang aku tidak tahu la sudah kahwin ke belum. Ada 4 orang doktor tapi doktor lelaki itulah yang mengambil spesimen dari pangkal rahim aku. Sebelum dia memulakan operasi dia sempat lagi memperkenalkan sejenis alat besi yang katanya di Indonesia dipanggil muncung 'Bebek' atau itik. Aku pun sempat jugalah dalam keaadan cuak tergelak. Operasi mengambil masa lebih kurang dalam 15 minit. Hendak cerita lebih2 aku pun tak reti, apepapun, kaum wanita yang dah kawing memang wajib menjalani ujian tersebut untuk pencegahan awal barah pangkal rahim. Tetapi dalam kes aku, ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kekuatan rahim aku ...sama ada mampu menampung baby, sebab ada kes yang bersalin awal kerana rahim tidak mampu support.



Di sini aku nak kongsi gambar-gambar dari en google...


Muncung bebek










Kamar 1 Katil 4

Setelah sekian lama tidak menginap di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, aku kembali check in di sana. Detik mendebarkan bermula apabila aku dapati sedikit darah keluar dari tut..tut..ku. Darah cair macam darah luka biase. Aku pun dengan segeranya menelefon kakak iparku untuk menemani ku ke klinik. Beliau mencadangkan agar kami terus pergi ke hospital. Di unit kecemasan aku dibaringkan..diperiksa darah dan segalanya. Discan juga perutku untuk ke-2 kalinya. Doktor mengatakan bahawa kantung baby masih lagi kelihatan. Tapi beliau terus refer aku ke pakar sakit puan...maka aku teruslah dimasukkan ke wad. Setelah diberi katil, aku dipanggil untuk discan sekali lagi. Pakar mengesahkan kantung ada cuma die tak boleh menjelaskan dengan lebih lanjut keadaan sebenar kandungan aku sebab usianya masih di peringkat awl, jantung pun tidak buleh dikesan lagi. Kemudian aku dikangkangkan...haha...untuk doktor-doktor muda termasuk dua orang doktor lelaki Melayu yang kacak bergaya memasukan spatula ke dalam tut..tut aku...pedih sungguh. Malu dan sakit hanya aku yang dapat merasainya di saat itu.



Sepanjang semalaman di hospital aku sentiasa dipantau lebih2 lagi aku yang masih demam ketika itu. Suhu badan aku tidak stabil.  Hari ini pula seawal pagi aku telah discan oleh pakar yang lebih hebat. Dia juga tidak boleh memberikan keputusan apa-apa. Memandangkan pendarahanku hanya sekali semalam sahaja, maka aku dibernarkan keluar wad...tapi sebelum tuh, aku harus menjalani ujian pap smear. Entri seterusnya aku akan kongsi tentang pap smear ek.. :))

Peralatan untuk Ujian Pap Smear


Saturday, December 25, 2010

Syukur Alhamdulillah

Semalam adalah detik bersejarah dalam hidup ku dan en suami. Kami telah menerima berita gembira secara rasmi dari Dr Chan dari Klinik Pakar Wanita Chan di Taman Bukit Bendera Mentakab. Sejurus je masuk ke dalam bilik doktor, aku terus menceritakan kepada doktor 1st date last period dan bahawasanya aku telah membuat pregnancy test dan keputusannya adalah positif. Doktor terus cakap 'jom doktor buat scan'. En suami pun turut sama menyaksikan detik-detik bersejarah itu. Aku pun terus suruh doktor print. Doktor mengesahkan aku telah hamil 5 minggu. Alhamdulillah....gembira yang tidak boleh digambarkan pada saat itu.


Kecil je lagi..yang hitam tuh
Setelah memeriksa tahap tekanan darah segala, doktor telah memberikan aku ubat kuat rahim dan asid folic. Setelah malam, aku mengalami cirit birit, aku agak risau maka menelefon kakak iparku yang seorg nurse hal-hal ibu mengandung ni, die kate itu mungkin tindak balas ubat jek...harap hari ini aku ok.



Wednesday, December 22, 2010

+Ve..??

Celik mata tepat jam 6 pagi...pergi ke toilet dan lakukan aktiviti utuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar di bawah...Adakah aku sudah boleh tersenyum lebar? Kebenarannya akan terjawab Jumaat nanti. Aku harus menunggu kepulangan en suami untuk sama-sama mengetahui kebenaran itu...Jika benar, alhamdulillah syukur kupanjantkan di atas rezeki yang tidak ternilai ini kepadaNya. Jika tidak.....sila cuba lagi :))

Tak percaya yang murah...buat pulak yang mahal...hehe



Tuesday, December 21, 2010

Cuti Malaysia 2011

Lama sudah tidak menghapdet blogku ini. Idea ku terbang entah kemana...tak tahu hendak tulis ape. Ada lebih kurang 10 hari je lagi untuk kita semua meneruskan hari-hari dalam tahun 2010 ini. 2011 akan menjelma.
Bila sebut tahun baru semua orang akan cakap pasal azam. Rasanya aku masih belum terpikir pun apa azam aku untuk tahun akan datang. Apa yang telah aku fikirkan ialah untuk bercuti-cuti Malaysia ke mana...haha.. Teruk kan aku...suka sangat berjalan. Pastu duit pun laju je keluar.

Antara tempat-tempat yang aku telah fikirkan untuk pergi tentu sekali bersama en suami tercinta ialah :



PULAU PERHENTIAN- Pulau ini menjadi idaman hati untuk aku kunjungi. Aku memang tidak boleh nafikan  Pulau Manukan di Sabah sebenarnya lebih menarik untuk dikunjungi tetapi mengapa aku memilih Pulau Perhentian? Sebab utama adalah senang untuk pergi, kalau balik umah mertua boleh la kot aku melencong ke sana...lagipun pakej yang ditawarkan oleh Redang Beach Resort yang amat berpatutan telah mengamit-gamit aku kesana.




FRASER HILL - Orang kata di sini tidak ada tempat yang menarik. Cuma sesuai untuk insan yang sangat mencintai kehijauan dan suka menikmati burung-burung dengan menggunakan teropong. Orang kata jalan hendak ke sana pun sangat la tidak seronok untuk dilalui. Orang macam aku kemungkinan besar akan termuntah...hehe. Tapi mengapa aku hendak pergi juga? Sebabnya, aku harus jelajah seluruh Pahang, barulah tidak malu mengaku orang Pahang kan...hehe



PULAU LANGKAWI- Jujur hendak mengaku yang aku belum pernah lagi pergi Pulau Langkawi...kesian. Orang lain mungkin dah berkali-kali shopping kat sana..aku sekali pun belum. Teringin juga aku memborong coklat dan pinggan mangkuk yang cantik-cantik di sana.









Cukuplah tiga dulu kot, satu pun belum tentu buleh pergi, maklumla en suami adalah insan yang sangat komited kepada kerjaya beliau...Sekian!




Tuesday, December 14, 2010

Hepi Besday To Me

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke-26. Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Tahun ini merupakan tahun kedua aku sambut birthday sebagai isteri en suami. Malangnya tahun ini aku sambut sensorang tanpa en suami di sisi. En suami harus kerja. Takpelah, aku pasrah walaupun sedikit sedih. Apa-apapun, semoga kehidupan aku terus diberkati. Amin..




Monday, December 13, 2010

Berjimba di Port Dickson


Sudah hampir seminggu blog tidak hapdet. Sebenarnya aku agak sibuk. Erm sibuk dengan apa ya? Buat-buat sibuk je kot...hehe

Semalam aku baru pulang dari Port Dickson. Ini adalah gathering pertama 'Rakan Seng'..sayangnya kali ini, Nad ada clas, maka tak boleh join kami. Kami seramai 6 orang dengan pasangan masing-masing kecuali Rita yang en nelayan masih di tengah lautan. Kami harap aktiviti sebegini akan menjadi aktiviti tahunan. Tahun depan mungkin gathering di Cameron Highland untuk meraikan majlis perkahwinan Cik PM. Harap ianya akan berterusan, mula-mula bawa pasangan, nanti-nanti boleh bawa anak masing-masing pula. Oh seronoknya.

Walaupun hanya 2 hari, masa kami terisi dengan aktiviti yang padat sekali. Bukan sahaja aktiviti yang memang padat, malam perut kami pun padat juga...hehe. Jumpa lagi ye kawan-kawan tidak lama lagi di majlis perkahwinan sama ada Ida atau Rita.

Wednesday, December 8, 2010

Isteri Masak, Suami Makan

Memperkenalkan blog masak-masak saya http://isterimasaksuamimakan.blogspot.com . Jom jengok dan mari kita berkongsi-kongsi idea tentang masakan dan makanan.




Tuesday, December 7, 2010

Berjaya Buat Karipap

Sudah beberapa hari tidak menulis di blog...nak kata sibuk...erm tak buat apa pun. Mungkin sebab tidak ada cerita yang menarik untuk dituliskan agaknya. Sebenarnya nak share dengan semua hasil kejayaanku.. Jangan cepat melatah yea...dengan bangganya diumumkan disini bahawa aku telah berjaya membuat kuih karipap. Masa arwah mak ada, aku hanya buat inti sahaja. Kulitnya mak yang buat. Sebab aku tak reti buat. Tapi tadi aku berjaya juga menguli tepung dan alhamdulillah menjadi la jugak. Cuma aku masih tak berjaya untuk klim tepi karipap tuh. Dulu rasanya dari kecik sampai la dewasa puas belajar dari emak dan acik...tapi tetap tidak reti. Tadi aku guna acuan jek...tapi yelakan...kalau guna acuan, hasilnya tidak berapa menarik. Tapi tak kisahla..asal boleh makan dan enak...hehe

Resepi Karipapku

Bahan-bahan Inti:

5 biji ubi kentang (aku tak suka keledek,manis)
1 tin sardin kecil
1 paket rempah kari
Lada besar, daun sup, bawang besar dihiris
Garam dan gula
Air

Cara masaknya adalah sangat senang...tak perlu tumis pun...letak semua dalam air...masak hingga ubi kentang empuk.

Bahan-bahan kulit karipap:

Tepung gandum
Garam
Majerin
Lemak sayuran (Semua di atas aku main letak jek...takde sifir pun..hehe)
Air sejuk (peti)
Sedikit minyak jagung

Campur semua bahan dan uli hingga sebati

***Perasan tak, aku tak guna telur pun..sebab aku nak try guna lemak sayuran...well...boleh tahan rangup.




Friday, December 3, 2010

Masak Sorang


Hari Jumaat yang mendung. Sudah selesai memasak. Masakan hari ini adalah seperti dalam gambar. Ikan terubuk bakar pemberian orang aku telah bakar...alang-alang bakar sekali ikan kerisi. Puas gak nak pastikan arang tuh menjadi bara...mujur memang dah takdek keja...kalau tak, tak hingin aku..aku kan pemalas.


Ikan bakar

Wednesday, December 1, 2010

Murtabak Maggi Versi Puan Jamie

1 Disember datang lagi...suka bulan ni sebab bulan kelahiran aku. Suka juga sebab biasanya cuti sekolah. Suka juga sebab dapat bonus akhir tahun. Suka juga sebab en suami pastinya akan menghabiskan cuti yang ada untuk tahun ni..maka ada banyak masa untuk bersama aku.

Sekarang pukul 4.20petang. Aku baru je selesai mencuba resepi murtabak maggi gara-gara kebosanan. Resepi dan teknik masakan asal aku dapatkan dari tenet. Kemudian aku olah jadi resepiku sendiri.

Teliur tak??

Resepi Murtabak Maggi

Bahan-bahan:
2 paket maggi yang direbus dan ditoskan air
2 biji telur dipukul
1/2 paket rempah kari ayam ADABI
Hirisan lada besar, bawang besar, daun bawang, daun sup dan kobis, buah tomato (Kuantiti main bedal je)
Sedikit garam
**tak guna pun perencah maggi

Cara masak:
Campur semua bahan macam nak masak telur dadar.
Panaskan kuali leper (en tafelku) dan letak sedikit planta
Bubuh la bahan yang dicampur tadi macam buat pancake/telur dadar. Pastikan garing dahulu sebelum dibalik ke pemukaan yang lain. Siap untuk dimakan dengan sos cili.


***agaknya abah aku makan tak ek...? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts