P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, December 7, 2010

Berjaya Buat Karipap

Sudah beberapa hari tidak menulis di blog...nak kata sibuk...erm tak buat apa pun. Mungkin sebab tidak ada cerita yang menarik untuk dituliskan agaknya. Sebenarnya nak share dengan semua hasil kejayaanku.. Jangan cepat melatah yea...dengan bangganya diumumkan disini bahawa aku telah berjaya membuat kuih karipap. Masa arwah mak ada, aku hanya buat inti sahaja. Kulitnya mak yang buat. Sebab aku tak reti buat. Tapi tadi aku berjaya juga menguli tepung dan alhamdulillah menjadi la jugak. Cuma aku masih tak berjaya untuk klim tepi karipap tuh. Dulu rasanya dari kecik sampai la dewasa puas belajar dari emak dan acik...tapi tetap tidak reti. Tadi aku guna acuan jek...tapi yelakan...kalau guna acuan, hasilnya tidak berapa menarik. Tapi tak kisahla..asal boleh makan dan enak...hehe

Resepi Karipapku

Bahan-bahan Inti:

5 biji ubi kentang (aku tak suka keledek,manis)
1 tin sardin kecil
1 paket rempah kari
Lada besar, daun sup, bawang besar dihiris
Garam dan gula
Air

Cara masaknya adalah sangat senang...tak perlu tumis pun...letak semua dalam air...masak hingga ubi kentang empuk.

Bahan-bahan kulit karipap:

Tepung gandum
Garam
Majerin
Lemak sayuran (Semua di atas aku main letak jek...takde sifir pun..hehe)
Air sejuk (peti)
Sedikit minyak jagung

Campur semua bahan dan uli hingga sebati

***Perasan tak, aku tak guna telur pun..sebab aku nak try guna lemak sayuran...well...boleh tahan rangup.




3 comments:

en suami said...

tahniah kerana berjaye ye..harap kepulangan abg nanti dapat rase karipap syg buat tuh..

cikrita said...

tahniah kerana berjaya...diharap...dapat la saye merase juge....jgn bg kat cik suami jek..sekian

Cik Ieyda~~ said...

sy juge nk merasa..pasni wat roti jala plak yep...sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts