P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, April 19, 2011

Masuk Hospital Lagi

Gambar sekadar hiasan
Kembali ke rumahku syurgaku setelah 4 hari check in di HOSHAS. Segar dah kembali bermaya rasanya setelah mengalami demam panas 40 darjah celcius... Jika time tidak berbadan dua, demam macam manapun makan ubat dan tahan gitu je pun takpe. Tapi bila dah mengandung ni, keadaan baby dalam perut ni tetap kena pikirkan.


Alhamdulillah, semalam sebelum keluar hospital, bila scan tengok baby lega rasa bila tengok dia tetap aktif macam biasa. Dah 3 hari ni aku dah boleh rasai perutku di tendang-tendang. Dalam sehari banyak kali jugak lah aku kena kick. Seronok rasanya...bila terasa ada bende dalam perut ni bergerak-gerak.

Perubahan lain ialah aku dah mula terasa semput bila berjalan...dah terasa dah berat bawa perut ni..tapi tak kisah, bawa baby ku yang tersayang ni..

***berat turun lagi 3kg...oh no..no..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts