P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, September 16, 2010

Raya Pertama

7 Syawal..esok klu ikutkan ramai yang akan sambut raya puasa 6 bagi yang terus berpuasa sunat mulai hari yang ke-2 bulan syawal. Aku mula pun belum...hehe

Petang tadi en suami telah pulang ke Shah Alam kerna beliau akan memulakan tugas malam ni. Berat rasa hati untuk melepaskan en suami pulang kerna telah seminggu bersama. Last en suami cuti panjang ialah time kami kahwin 9 bulan lepas. Bila la agaknya en suami boleh cuti macm tu lagi kan. Seronok sangat rasanya dapat menyambut lebaran bersama-sama suami tercinta. Satu pengalaman baru yang sudah pasti tidak akan aku lupakan.

Hari raya pertama disambut di kedua-dua kampung untuk memberikan keadilan. Pagi di rumah aku, manakala petang pula di kampung en suami di Terengganu. Tahun depan pula bagaimana ya?? Mungkin ikut sistem giliran.

Pagi di kampungku kami cuma sempat mengunjungi 3 buah rumah..dan petangnya pula kami berangkat pulang ke kampung en suami. Hari kedua di kampung en suami kami memulakan penjelajahan mengunjungi sanak-saudara. Perasaan aku bercampur baur antara gembira, teruja dan gementar. Maklumla inilah kali pertama aku beraya bersama keluarga mertua. Ada di antara sanak-saudara en suami yang baru aku berpeluang untuk bersua muka dan berkenalan.

Raya ketiga di kampung en suami kami akan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu en suami. Sebelum tu, kami singgah di rumah kawan baik en suami di alam persekolahannya iaitu Halim. Semasa di situ en suami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan bahawa emak saudaranya yang koma akibat angin akmar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 9pagi. Kebetulan, arwah ketika itu berada di rumah sepupu en suami yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Maka suasana di rumah tersebut agak sibuk dengan urusan pengurusan dan pengkebumian jenazah dan majlis perkahwinan. Namun, segalanya berjalan lancar...alhamdulillah

Raya keempat...kami pulang semula ke rumahku di Pahang. Duduk di rumah dan tidak pergi beraya kemana-mana pun.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts