P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, February 17, 2011

Lepas 1-1

Mengandung adalah satu pengalaman yang sangat beharga, seronok dan menarik. Tetapi ada satu perkara yang menganggu keseruan itu... Rasa sungguh tertekan aku menghadapi dugaan tahap kesihatan yang sangat mendukacitakan. Bermula dengan BP yang tinggi diikuti dengan HB yang low dan kandungan gula yang tinggi.

Setelah seminggu berulang-alik ke KD Kerdau untuk diperiksa tahap tekanan darah ku...dan makan ubat mengikut jadual, alhamdulillah semalam dan hari ini BP aku sudah kembali normal 120/80.

Tadi pula bermula jam 8.00 pagi dan 12.00 tghri aku berulang-alik ke KD Kelulut untuk memeriksa tahap gula dalam darah pula. Jari jemariku dicucuk sebanyak 4x termasuk sebelah petang di KD Kerdau jam 6.00 petang dan 9.00 malam. Tahap gula aku dari 5.4, 4.9, 4.7 dan naik mendadak gara-gara lapar maka makan nasi yang tak hingat dan 9.00 malam bacaan menunjukkan 7.9. Saja jek dapat pen merah!!!

HB pulak arituh 10.8...dan semalam 10.6 makin turun....takutnya aku...ade org kata jika terus turun, kena bawa najis untuk di uji...mati!!




2 comments:

[cactusmelon] said...

weh, yg pasal hb low kene bawak najis untuk test aku tak sure la.aku mmg hb low time peknen ni.ko kire ok 10.8 mcm tu.aku kadang 9.6 jek..paling tinggi pun 10.4...tapi takde plak amik najis nak test.cume die amik darah je.untul full blood culture.katenye nak tgok kandungan iron dalam darah..erm..ntahle..aku un tak tau..mcm2 kan..

Jamie said...

2la...mcm2.. moge2 hb pasni nek...klu x, aku akn mkn sekilo bayam bersama sekilo ikn bilis setiap hari...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts