P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, October 13, 2010

GSTT Diserap

Kementerian kaji serap lebih ramai guru sandaran


12/10/2010 12:56pm
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Beliau berkata, kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).

"Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. - Bernama
Utusan Online

Sesungguhnya aku sentiasa mengharapakan penyerapan ini menjadi kenyataan kerna aku adalah seorang GSTT yang telah 3 tahun pengalaman mengajar...klu jadi cikgu betui tuh dah sah jawatan dan boleh ambik PTK dan seterusnya naik DG...haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts