P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, October 26, 2010

Full Weekend

Laporan untuk weekend baru ni. Sabtu hari persekolahan ganti ikut jadual hari Jumaat, so boleh balik jam 12.00 tghri. Bila time balik tiba, terus menuju ke teminal bus Temerloh untuk menjemput en suami yang pulang. Singgah Restoran Saniah untuk menapau lauk-pauk kerna malas masak. Petang pula en suami menebang pisang yang dah masak, dan kemudian kami makan kelapa pandan depan rumah. Rasa sangat seronok kerna boleh berebur-rebut isi kelapa dengan en suami. Pas mahrib keluar dinner kat Restoren Serasi kerana en suami tiba-tiba mengidam nak makan chicken chop. Selesai makan, gie Mentakab pula untuk memborong barang dapur...pulang rumah dan tidur dalam keletihan.

Hari Ahad, bangun buat sarapan dan operasi membersih dan mengemas rumah bersama en suami. Kali ini beliau bersungguh-sungguh untuk mengalihkan katil dalam bilik kami ke posisi yang lain pula. Jenuh jugak mengangkat tilam kak Ziana Zain yang berat tuh...tolak dan angkat katil ...kerja pengalihan agak sukar kerana bilik kami tersangatlah kecil. Walau bagaimanapun, en suami sangat berpuas hati hasil deconya. Tak tahu berapa lama akan bertahan dengan posisi katil sedemikian.

Hari Isnin, aku masih lagi bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang jatuh pada 24/10 (Ahad), maka Isnin cuti!. En suami pun bercuti. Seawal pagi lagi kami telah bertolak ke rumah Along aku untuk membantu urusan mesyuarat kenduri anak buah aku. Petang, kami pulang....Malam persiapan untuk ke sekolah esok...tidur.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts