P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, October 16, 2010

Terima Kasih PM

Bajek 2011 telah selamat dibentangkan petang semalam oleh Datuk Seri Najib Razak. Apa yang boleh aku katakan disini ialah, Bajek'11 kali ini membuatkan semua orang boleh tersenyum lebar. Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak harus menerima jutaan terima kasih.


Kerajaan pimpinannya bukan saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan, sebaliknya perancangan dan kejayaan yang dicapai adalah hasil perencanaan yang jelas, tegas dan rapi serta memerlukan pengorbanan yang tinggi. “Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi populariti jangka pendek. Yakinlah, kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang,” kata Datuk Sero Najib Razak.
Antara intipati bajek tersebut ialah :

• Penjawat awam dapat pelbagai insentif menarik
Bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

• Peranan sektor swasta terus diperkasa
• Skim beli rumah tanpa deposit
• Belia kena rebut peluang kumpul aset
• Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus
• Gaji minimum mampu elak impak negatif
• Pemimpin masyarakat dapat elaun RM800 sebulan
• RM218 juta bantu sara hidup OKU
• Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tidak dinaikkan
• Beri transformasi maksimum kepada rakyat: TPM
• Keputusan tanda keprihatinan kerajaan
• Kakitangan awam boleh pilih cuti bersalin 90 hari
• 'Peruntukan baru hanya hadkan bilangan anak'
• Bajet mesra wanita, institusi kekeluargaan
• Sistem pendidikan dirombak
• Talent Corp pacu modal insan baru

• Duti import 300 barangan dimansuh
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya.

• Cabaran sihat bagi pengeluar produk tempatan
• Dana Pencen Swasta dilancar tahun depan
• Rangsang pertumbuhan ekonomi
• Pemansuhan galak sektor pelancongan




Kalangan pemimpin pembangkang pakatan rakyat menyifatkan belanjawan yang dibentangkan semalam sebagai 'Bajet Pilihan Raya' dan usaha terbaru kerajaan untuk terus menonjolkan imej baik di mata rakyat. Walaupun ada yang menyifatkannya sebagai kelegaan jangka pendek, namun pada masa sama, mereka turut menghargai beberapa insentif yang diberikan kepada rakyat biasa.
Bukan pro atau anti mana-mana pihak tapi kita semua boleh nilai sendiri. Ada otak fikir, ada mata lihat dan ada telinga dengar.....ada jari pangkah!! Hahahaha..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts