P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, October 14, 2010

Kuah Kacang Simple

Baru je selesai memasak kuah kacang dan nasi impit...jenuh gak duk merebus nasi impit 6 ketul. Terpaksa 2x masak cos periuk nasi elektrik tuh muat untuk 4 ketul jek. Malas nak guna periuk yang lagi besar sbb malas nak cuci...haha

Percubaan memasak kuah kacang aku berjaya dari segi rupanya yang agak menyelerakan beserta bau yang amat menggamit. Cuma rasanya agak pelik. Puas dah aku buh gula dan garam beserta air asam jawa, tapi tekak aku tetap tak boleh rasa keenakkannya. Toksah kata nak dapat rasa cam arwah mak masak, rasa kuah kacang akak aku buat pun jauh lagik....haha. Nampaknya aku harus menuntut ilmu lagi pasni.
Masa arwah mak ada dulu taknak blaja dan korek rahsie...sekarang baru nak menyesal...huhu..sadis.





Apa-apapun aku tetap nak share resepi kuah kacang versiku :

Bahan-bahannya :

Kacang tanah (digoreng tanpa minyak serta dibuang kulit2 yang tertanggal) Kisar dengan air, jika pekat tambah air lagi
Cili kering rebus dan dikisar
Bawang merah + putih dikisar
Halia + Serai dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula pasir
Gula kabung/melaka
Minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar dengan minyak yang cukup. Tumis sampai terbit minyak dan bau.
2. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi.
3. Apabila mendidih masukan air asam jawa, garam dan gula.
4. Bila dah cukup rasa dan kuah dah semakin pekat maka bolehla tutup api.

***resepi yang sangat simple..janji bleh makan...nak sedap kena byk blja lgik.

Esok kuah kacang ini beserta nasi impit akan dibawa ke skola untuk potluck...tapi kuah kacang ini hanya untk kawan-kawan sekitar denganku saja...segan lor nak bagi akak-akak lain rasa...sebab masih tak besh..hehe




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts