P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, July 4, 2011

Makanan Orang Berpantang

Memandangkan detik untuk menyambut kelahiran bayi sulungku sudah tidak lama lagi...maka fikiranku mula berkecamuk. Macam-macam yang ku fikirkan. Salah satu daripadanya adalah menu ketika berpantang nanti. Berdasarkan apa yang aku baca dan dengar dari orang lain, saat berpantang ni lah paling kena jaga. Lebih-lebih lagi peranakkan kita dan kawasan sewaktu dengannya contohnya kawasan vagina. Al maklumlah, lama lagi nak guna kan....kang en suami bising lak. 


Selain itu ada orang kata masa berpantang lah saat yang paling cocok untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah dah 8 bulan mengandung ni, berat badan aku masih belum mencecah berat badan normal aku ketika tidak berbadan dua. Pelik kan...harap bila berjaya berpantang pas bersalin nanti, aku akan menjadi slim pula....haha.... en suami pasni senyum lebor bila tengok isterinya yang gemok ini slim....tapi mungkinkah? Disiplin diri yang penting kan.. hehe


Tadi terjumpa ini...ayuh kongsi bersama-sama makanan yang sesuai diamalkan ketika berpantang nanti :


Jamu

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.
- Aku rasa macam taknak je ambik, sebab hendak menyusukan baby secara ekslusif, takut memberi kesan rasa lak pada susu....entahlah....kena stadi lagi.
Ulam-UlamanAnda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.
- Bisa diatur..
Rempah Ratus
Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.
- Lada hitam, ketumbar, serbuj kunyit itu biasa bagiku...hehe

Halia Muda
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.
- Masak singgang ikan bubuh halia banyak-banyaklah...hehe
Kunyit
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.
-Kakak iparku pun kasi petua ni....adus cabaran ini..

Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
- Buat sup bubuh selabu bwng putih...boleh gitu...haha

Pegaga
Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.
-Kawan-kawan kata pegaga sangat sesuai diamalkan...lebih-lebih lagi sebagai 'perapat' boleh ker aku telan ek? huhu


Sawi
Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.
- Sawi pendek tuh boleh kot...
Peria
Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia jugadapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.
- Sangat suka peria...masak lada hitam orang kata sedap.
Ikan Haruan & Tenggiri
Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.
- Ikan haruan tak makan....pil haruan jela kot... ikan tenggiri kegemaranku..

Asam Jawa
Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.
- Beres!!
Nasi
Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.
-Makan nasi panas, bertambah la selera....oh tidak!!

Minuman Berkhasiat
Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.
- Akan dipertimbangkan ni...lalalala

Ayam & Daging
Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepasbersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.
- Sangat biasa :))

2 comments:

Anonymous said...

s.jamie..

klu bf bby..better sgla pil jamu,akar kayu semua tu..yg panas2pati kunyit ke apa..mkn lps 2minggu..sb bby kena kuning ni dlm lingkungan bwh 2minggu je.. kang dh kena sian dia.. mujur bby nad kena skit je..plak tu 2hr je.. nad br settle 3pg(3hr berturut2) minum pati kunyit..nuha trus kena kuning. tp skit je..bacaan dln 151.

Jamie said...

pas 2wek bru ambik sgla pil ek...orait :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts