P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, July 4, 2011

Bila Dia Jauh

En suami telah pulang ke Shah Alam...lagi 2 minggu baru ketemu semula. Tidak seronok tanpa en suami di sisi. Bila en suami ada semangat aku jadi lain....biarpun biasanya wekeend adalah waktu untuk berehat-rehat, tapi bila ada en suami, rehat tak cukup pun takpa. Masa kami selalu habiskan bersama dengan memasak, pergi ke pasar, bersiar-siar, sopin dan macam-macam lagi bersama.

Paling seronok bila en suami ada, aku tidak perlu jemur dan angkat kain, tidak perlu menyapu sampah, tidak perlu basuh pinggan...semuanya en suami yang lakukan. Bukan aku sengaja hendak mendera en suami, tapi itu memang rutin en suami jika pulang. Kira ringan juga kerja aku..terima kasih abang.

Aku suka memasak untuk en suami kerana en suami memang suka makan. Apa saja yang aku masak en suami makan...sedap je katanya. Terbaru, en suami sangat suka asam pedas aku...dia kata terbaikkk... yeka? Dia kata hari-hari masak asam pedas pun takpa...yelahkan...jemu gak kalau selalu.

Cepatlah 2 minggu berlalu...tak sabar nak jumpa en suami lagi :))



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts