P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, July 6, 2011

Dinodai Lagi

Kenapa eh aku selalu datim dengan doktor lelaki?? Sekarang ni setiap bulan lebih kurang 2 kali perutku akan discan. Tidak kira sama ada di Klinik Pakar Hoshas atau Poliklinik Sanggang...selalunya memang aku akan berjumpa dengan doktor lelaki. Adeh ...malu doh...bila baju diselak pada paras yang malu itu...hehe. Dah la ambik masa yang lama juga scan tuh, nak check air ketuban cukup ke tak, kedudukan uri, keadaaan bayi, berat bayi, size bayi, pendek kata memang lama la....hampir 1 jam jugak aku discan. Dah la kebanyakkannya doktor lelaki yang sebaya aku gak...kot-kot belum kawin lagik...malu sgt.


Time bersalin nanti, kemungkinan besar pun tentu bertemu dengan doktor lelaki lagi...uwa.a.a.aa..a 





Doktor : Baby awak ni aktif betul lah main bola...puas saya nak scan... (kata doktor tadi)

1 comment:

Qaseh said...

tu la kan nak buat camne dia DR. Kalo bukan dah lama ke pelangkong kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts