P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, January 7, 2011

Terima atau Tidak?

SELAMAT TAHUN BARU 2011...sekarang baru sempat nak wish....dah 7 hari dalam tahun 2011..haha

Hari ini genap 5 hari aku berkhidmat di SMK Temerloh Jaya ..permulaan yang agak membosankan. Sekolah OK, cuma penerimaan jiwa aku ni je masih belum sepenuhnya. SMK Temerloh masih tetap dihati...tapi apakan daya, aku harus belajar untuk menerima sekolah baru ini seadanya.

Mungkin banyak sebab mengapa aku masih belum selesa di situ...mungkin juga turut disebabkan emosi ku yang sekarang ini masih belum stabil, sindrom ibu mengandung yang muntah-muntah membuatkan aku merasakan diri aku sangat lemah. Harap semuanya akan kembali normal juga nanti.

Tapi persoalannya sekarang, selama mana aku akan berada di situ? 1 kelas Form 1 telah ditutup kerana kuota  pelajar yang tidak mencapai sasaran...adakah aku akan jadi mangsa terminate? Aku redho dah telah pun bersedia dengan segala kemungkinan itu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts