P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, May 19, 2010

Laksa Sarawak





Perencah laksa sarawak ni baru je diterima ..aku beli online kat http://aishoppe.blogspot.com/  dengan harga RM6 sepeket. Penghantaran nye cepat. Aku beli 3 paket free 1.
Asalnya aku mengidam laksa johor..aku search pnya search sekali tah macamana aku leh lak gie orde perencah laksa sarawak. Aku pun heran..agaknya time tuh aku da mengetik sangat nak makan laksa, nampak perencah laksa sarawak aku terus order..mmg unexpected buying betul aku ni.

Laksa sarawak menggunakan bihun...tapi aku tak suka bihun dengan kuah, maybe aku akan tukar dengan spegetti / mee kuning / laksa putih . Wekend ni bila en suami balik hope leh la masak. Harap sedap..


Ni la rupa Laksa Sarawak




RESEPI LAKSA SARAWAK

Bahan-Bahan:



BAHAN A


Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)

3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa
BAHAN B


5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara:


1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.





:::Jamie:::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts