P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, October 16, 2011

Istimewanya ASI

Blogwalking pepagi ni dan terjumpa sesuatu yang baru ku tahu secara detailnya...
Rupa-rupanya air susu ibu (ASI) memang sangat istimewa :


12 keistimewaan ASI :


  1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
  2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
  3. Kandungan nutrien yang seimbang
  4. Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.
  5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
  6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
  7. Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
  8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
  9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan. 
COPY SINI
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts