Tapi tadi agendanya berbeza. Membuat report tentang kehilangan surat beranak. Rasanya sudah hampir setahun aku tidak tahu mana lah aku letak surat beranak itu. Firasat ku kuat mengatakan bahawa surat beranak itu masih ada di dalam rumah, tapi lokasinya aku tidak pasti...haha. Kenapa baru sekarang hendak buat report yea...? Padahal dah lama hilang. Jawapannya adalah kerana Khamis nanti 6 Oktober 2011 Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia hendak melihat salinan dan yang asal surat beranak...maka sebab itulah. Apa hubung kaitnya aku dan BPG? Tunggu....hehe..
Haa..pengalaman pertama membuat laporan polis sungguh menarik. Rupa-rupanya setiap laporan kita kepada pihak polis berbayar..ingatkan free jek. Bayaran pula dikenakan berdasarkan kepanjangan laporan. Tadi, laporan aku ringkas sahaja, maka hanya RM2. Kelakar lak rasa...aku siap tanya pegawai polis tuh, macam mana pengiraan dibuat. Mujur polis tuh layan je aku...haha. Oleh kerana hari ini hujung bulan maka akaun telah ditutup jam 10.00 pagi tadi, maka laporan aku tidak boleh dikeluarkan...sebenarnya aku masih tidak berapa jelas alasan yang dorang berikan itu...macam tak relevan jek.....hari Isnin nanti baru boleh ambik. Pelik betui....ingatkan petang tadi dah boleh pergi JPN tuk buat surat beranak baru. Tertangguh jugaklah urusan aku.

No comments:
Post a Comment