P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, September 18, 2011

Akikah & Cukur Jambul Adeeb

Alhamdulillah semalam 17 September 2011 telah berlangsungnya kenduri akikah dan cukur jambul Adeeb. Lega majlis berjalan seperti yang dirancang. Bermula jam 9.30 pagi marhaban dari kumpulan marhaban wanita, cukur jambul dan berendoi Adeeb. Tamat jam 11.30 pagi. Pastu pukul 12 tghri pula majlis tahlis dan doa selamat dari kumpulan ayah-ayah pula. Lepas tuh Adeeb digondolkan pula oleh Maklong Lati, Makteh, en suami dan aku sendiri. Jenuh jugak..masa memula tuh Adeeb tidur OK jek, bila dia terjaga, kepala tak reti duk diam...haha...berpeluh2 aku pegang dia.


Buaian berendoi yang dibawa pulang oleh en suami dari Shah Alam disewa dari SINI. Walaupun aku hanya sewa buaian yang paling simple, tapi aku tetap berpuas hati..cantik jugak :))









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts