P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, August 4, 2011

Kisah Bersalin

Hari ini genap 11 hari berpantang..alhamdulillah sempat jugak curi-curi masa untuk berkongsi kisah kelahiran putera sulungku Muhammad Adeeb Rafiqy Bin Mohd Fauzy atau dengan panggilan ringkasnya Adeeb. Adeeb lahir tepat jam 5.06 petang pada 31 Julai 2011 seberat 2.6kg. Kecik je kan...mummy dia punyalah besar...itulah orang kata padaku..hehe.


Pada pagi Sabtu 30 Julai 2011, aku pergi ke HOSHAS untuk menyerah diri...Pada jam 7 pagi 31 Julai 2011,  doc pertama Induction of Labor (IOL) Prostin dimasukkan...30 minit selepas itu, jantung baby dipantau. Degupan jantung baby tidak cantik. Aku direhatkan dan bersarapan sekeping roti dan sedikit air milo. Kemudian sekali lagi jantung baby dipantau...masih tidak cantik graf dia...maka doktor pakar dipanggil, kemudian dia kata air ketubanku terpaksa dipecahkan...time tuh bukaan jalan baru 1 cm. Doktor jolokkan jarinya dengan sejenis alat, sakit dan tiba-tiba banjir. Time tuh aku baring, bila bagun, memang banjir la lantai hospital tuh...aku tukar baju pink dan duduk atas wheelchair, air terus mengalir dengan banyaknya. Nurse mengambil baju baby dan aku terus menghubungi en suami dan menyuruhnya segera ke dewan bersalin. 
Bukaan jalan diperiksa, tetap 1 cm. Jam 9 pagi, dos kedua Prostin dimasukkan melalui drip...30 minit selepas itu aku mula sakit....sakit yang tidak boleh digambarkan....mula-mula selang 1 jam...kemudian jangka masa sakit itu menjadi semakin pendek menjadi 3 minit sekali....jalan entah berapa kali check...dah berapa orang doktor dah yang seluk. Di perut wayar untuk pantau pergerakan jantung baby...graf memang tak cantik. Jam 3 petang, satu alat dimasukkan pula ke lubang rahimku untuk detect jantung baby secara lebih dekat/ jelas. Sah, memang tidak cantik. Time tuh aku dah lembik tidak bermaya menanggung kesakitan...mujur en suami ada disisi...urut kaki yang lenguh....mengajar aku mengucap, istifar dan macam-macam lagi. Wajah en suami pun dah tidak nampak darah. 


Aku memang dah serunder awal...dah redho untuk dibedah...sebab aku memang terlalu lemah ketika itu...rasanya tidak mampu untuk meneran. Pakar datang dah aku sign borang segala...kompem bedah. Aku ditolak ke dewan bedah...aku di bius separuh....memang dapat juga rasai saat Adeeb di tarik keluar dari rahimku...terus je dia menangis kuat. Selepas perutku di cuci dan dijahir, seorang misi datang membawa Adeeb kepadaku dan aku mencium Adeeb buat pertama kalinya...melihat 'anunya' jua.. :)


Dari jam 4.45 petang hingga 6.45 petang aku berada di dewan bedah. Kemudian aku ditolak keluar...time tuh  
Adeeb dibaringkan di celah kangkangku....keluar je aku melihat wajah en suami tersenyum...alhamdulillah.


Time keluar wad

1 comment:

mama lynn said...

tahniah jamie.... sweet moment ni. nnt share la k. akak suka tgk org dpat bby ni. bila la nk merasa nikmat tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts