P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, July 18, 2011

Nasi Lemak Buah Bidara

Pagi tadi en suami sudah pulang ke Shah Alam. Sebelum pulang, dah pesan siap-siap dah kat baby agar tunggu abinya pulang lagi 2 minggu baru kuar. Aku pun harap begitu juga. 2 minggu akan datang aku akan dimasukkan ke wad jika masih tidak bersalin. Cuak jugak. Memang harap sangat ada en suami di sisi di saat sakit dan kelahiran baby sulung kami nanti. Hari ini dah 36 minggu 1 hari. Kira dah masuk 9 bulan dah...huhu...seriau rasa tiba-tiba.

Kali ini en suami pulang dengan bawa bekal nasi lemak ayam berempah. Sebelum gerak, sempat gak makan sepinggan. Dah teliur dengan ayam goreng berempah itu katanya. Seronok tengok en suami makan yang sentiasa berselera.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts