P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, July 19, 2011

Motivasi Untuk Diri Sendiri

Debaran semakin terasa. Dugaan datang menduga... tabahlah wahai Jamilah Mohamed. Teruskan bermotivasi tinggi. Ingatlah bahawa :



  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang bersalin pula akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakannya satu pahala haji.


So kepada diri sendiri dan bakal-bakal mama baru, usahlah berasa risau atau tertekan menghadapi saat-saat kehamilan ini mahupun masa nak bersalin nanti. Ia sebenarnya suatu pengalaman yang amat berharga, selain diberi ganjaran pahala yang besar dari Allah.. Setiap wanita yang menjadi ibu mempunyai pengalaman bersalin. Pengalaman bersalin bagi setiap anak adalah berbeza. Susah dan senang nya bersalin menyedarkan kita, betapa susahnya ibu kita mengandungkan dan melahirkan kita suatu masa dahulu. Terima kasih MAK... Setiap insan yang bergelar wanita mampu menghadapinya kerana Allah dah jadikan wanita punya kekuatan untuk menghadapinya.


"Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini membesar
dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh bila besar kelak...Amin "


1 comment:

en suami said...

abg harap syg byk bersabar dan berterusan beristighfar dan berselawat..sama-samalah kite berdoa supaya segala urusan dipermudahkan oleh Allah...

syg jgn riso sgt ye..abg akan sentiasa berada disisi syg n akan bersama2 syg menempuh segala cabaran akan datang..jge diri baik2 n bykkan rest ye...luv u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts