P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, May 19, 2011

Semuanya Kuasa Allah

Jam 3.33pm...aku baru je selesai makan nasi tengahari. Lauk pauk semuanya beli di Restoran Saniah. Makan dengan penuh berselera lebih dari biasa.

Tadi di hospital cukup lama. Maklumlah HOSHAS sekarang baru hendak memulakan Hospital Information System (HIS). Sistem pengkomputeran sepenuhnya. Hospital tanpa kertas. Tapi faham-faham jela, bende baru hendak mula, merangkap la sikit..memang lebih lama dari biasala. Buku Merah aku sekarang dah ditampal code bar untuk urusan TCA akan datang. Masa dalam bilik doktor, memang aku tengok doktor pun menaip dalam komputer segala yang berkaitan dengan aku..tapi yang kelakarnya, aku igt dia akan print dan tampal dalam buku merah aku, rupanya tak, die tulis pulak dengan tangan. Padanlah lama setiap sorang patient dalam bilik doktor..adus...harap lepas nie dorang print jela apa yang dorang type tuh. Lagi jimat masa kan.

Seronok sangat scan baby arini. Baby semakin membesar. Size kepala, perut, peha, dan lain-lain membesar mengikut usia kandunganku iaitu 27 minggu beberapa hari. Sebab dah lama tak scan, masa mula-mula tengok tadi aku agak terkedu jugak, yelahkan...dah besar dah anak mommy dalam perut ni...patutlah rasa tendangan baby pun hebat!

Kupanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa yang menakutkan aku selama ni, iaitu hasil scan beberapa bulan yang lalu mendapati di dinding plasentaku mempunyai fibroid dan kehadiran aku kali ni ke hospital selain  untuk melihat keadaan baby, juga ingin mengetahui keadaan fibroid tersebut juga. Sama ada membesar bersama-sama bayi, sama ada aku kompem di operate bila bersalin nanti dan sama ada aku akan di operate bila kandunganku cukup matang iaitu pada 28 minggu bersamaan 7 bulan.  Apa yang ditakuti kini tidak perlu dirisaukan lagi. Doktor mengesahkan 'no fibroid seen' atau fibroid telah tiada. Betul ke doktor ? Soal aku...YUP katanya...maybe sudah mengecut!! Jika benar mata doktor, syukur alhamdulillah.

Rasanya teringin aku mengajak en suami untuk 4D scan lagi. Aku ingin en suami berkongsi kegembiraan melihat anaknya yang dah semakin membesar. Tentu en suami senyum lebar macam scan time 20 week dulu.

Kami bersama wan yang buat kuih talam besh!! (Gambar tiada kaitan)














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts