P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, November 25, 2010

Aku seorang isteri yang...

1)Beri pujian kepada isteriJangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

Aku seperti pompan lain, akan kembang bila dipuji...aku tahu aku bukanlah boleh dikategorikan cantik...tapi aku comel..betuii tak en suami? haha....tak puji kat diri aku pun takpe...pujilah ape yg aku masak ke....buat ker.....

2)Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

En suami kadang-kadang je dengar pendapat aku...ada sesetengah perkara je mmg pendapat aku amat en suami perlukan...tapi selebihnya tak nak dengar....cakap lebih-lebih nanti kena marah...so bek diam!!

3)Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Majoriti impian dan keinginanku en suami turuti :))

4)Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

En suami selalu cakap 'abang cyunkan syg macam nyawa abang sendiri'. Dalam wallet en suami ada gambar aku...dan kat skren hp pun ada....(tapi kadang-kadang en suami tuka lain...huhu)

5)Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.

Tentang nie, en suami layak mendapat markah penuh. En suami rajin membantu aku terutamanya ketika memasak...suka tlg aku kupas bawang, potong sayur dan paling bagus rasa masakan aku...sedap sokmo katenya...heheh

6)Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

Aku suke nangis bila ada masalah...en suami akan bagi aku peluang untuk aku nangis puas-puas....tapi kalau die sibuk-sibuk nak kacau aku nangis, aku akan nangis lagi kuat...hahaha....macam baby kn?

7)Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.

En suami bukan dalam kategori romantik....huhu...tapi harap en suami tak lupa anniverseri kami dan besday aku....bestnya bila hari jadi aku, aku bagun pagi en suami bawakan breakfast..macam dalam filem tuh...hehe

8)Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.

Dah nak setahun kahwin...aku belum pernah lagi rasa masakan suamiku....telur ataupun roti...sadiss kan...haha. Air tuh adelah....ala kordial buh air sejuk...tadaaaa...siap...but aku amat hargainya. "Nanti abg masak la untuk sayang ek...."

9)Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.

En suami memamg terbaik dalam bab berjalan ni..suka sangat en suami bawa aku ke tempat-tempat yang kami tak pernah pergi....aku pun tersangatlah suka..cuma masa dan keadaan je yang tidak mengizinkan.

10)Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.

Ini tindakan yang selalu en suami buat....hehehe...i love u MOHD FAUZY




















2 comments:

en suami said...

I love u 2 sayang...........
sebenarnye abg adalah insan paling bertuah memiliki sayang..susah senang kite bersama..baik buruk pn kite lalui bersama..setiap komen yang sayang buat 2 semua abg bace dengan teliti satu persatu...harapan agar abg dapat jadi insan terbek disisi syg..bagi abg sayang adalah segalanye..thank u 4 loving me n everythin'.....

Jamie said...

hohoh...u make me smile la bb bucuk...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts