P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, July 23, 2010

Hamper Kuih Raya

Bulan Ramadan akan menjelma lebih kurang 2 minggu je lagi. Raya lak akan menyusul lebih kurang 1 bulan pastu. Tapi kini, aku dah teruja nak tunggu kehadiran hari raya. Hehe..

Kenapa aku terlalu teruja?? Sebab tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai isteri orang. Tahun ni aku akan sambut hari raya bersama-sama suami tercinta. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku akan balik kampung beraya. Sebelum-sebelum ni dapat rasa nikmat balik kampung time balaja kat Dungun. Tapi tu tak hebat sangat auranya. Aura nak balik kampung sambut raya tahun ni lagi hebat. Selama 25tahun hidup, aku hanya sambut lebaran kat KERDAU ni jela..dah memamg kampung kan... biasa bagi aku. Kini boleh rasai nikmat sambut raya di kampung en suami plak...harap ianya sangat seronok.



Oleh kerana aku teruja terlebih untuk itu, maka tahun ni saja, aku telah menempah kuih raya sejumlah RM600. Agak banyak bagiku. Tapi aku tak kisah, asalkan aku puas hati. Hari ni lak tiba-tiba aku dapat idea untuk membuat hamper kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung...untuk mak mertua dan untuk mak n ayah saudara en suami. Harap aku berjaya la membuat hamper tu nanti. 


2 comments:

cyeera said...

tok ktowg jgn lupe..kui3

Jamie said...

tuk korng xperlu sbb mok b sure dpt kue lg byok..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts