P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, June 24, 2010

Sasaran Seterusnya

Bebaru ni aku ada berbual dengan Azie sahabatku...aku bertanyakan beliau apa target hidup beliau sekarang.  Azie seakan-akan terkejut dengan persoalan aku...yealah kan..tak pernah lak aku tanya soalan serius gitu.. aku bukan apa...ada sebab aku tanya..hehe

Sepanjang minggu ni...aku asyik memikirkan hasrat hati yang telah terstop gara-gara nak capai hasrat kegatalan aku untuk berkahwin iaitu menyambung pelajaran ke peringkat MASTER.

Masa ambik degree 2 tahun dahulu, aku ada jugak menyimpan harapan untuk terus sambung master..tapi masa tuh dalam gigih mengejar segulung ijazah, jiwa aku juga menggetik untuk berkahwin dengan buah hati tersayang. ..at last aku pilih untuk berkahwin...sedikit pun tak menyesal cos aku dapat juga memenuhi tuntutan naluri untuk menjadi milik en suami ku yang tercinta.

Setelah hampir 6 bulan aku mendirikan rumah tangga, kini aku dihantui semula dengan keinginan untuk menyambung semula harapan yang lalu. Ramai kawan-kawan aku yang telah pun memperoleh master dan ada juga yang sedang dan akan.. tapi aku?? Mohon pun belum lagi.

En suami, sangat menggalakkan aku untuk mohon segera..kerana beliau sendiri ada target iaitu turut menyambung pelajaran beliau ke peringkat degree. Tapi sebelum tue, beliau ingin melihat aku sambung dahulu. Aku pun sangat setuju dengan cadangan en suami kerana setelah aku tamat master dan memperoleh kerja, aku sanggup en suami berhenti kerja dan sambung pelajarannya sepenuh masa.

Persoalannya sekarang ialah cos apa yang aku akan mohon?? Sepenuh masa mungkin tidak coz aku ada komitmen untuk menjaga ayah aku..Mungkin hanya PJJ...tapi di mana??

Antara cos yang telah aku tengok-tengok ialah :

- Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) di UPM

- Master of Science (Management) di UUM KL












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts