P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, June 27, 2010

Apa naik 10kilo??

Berakhir sudah Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform Sek Men Keb Temerloh atau lebih dikenali sbg Unggun 2.

Aku kepenatan..pulang ke rumah jam 11 pagi tadi..terus tido sampai pukul 12tgh. Mujur sebelum balik tadi dah singgah kedai beli lauk-pauk. So bangun dan hanya perlu masak nasi saja. Tadi pkul 1.30-2.00ptg aku tidur lagi..sekarang ni pun rasa macam ngantuk je lagi. Mungkin badanku perlu dicharge semula energynya setelah penat selama dua hari memasak.


Bertuah sungguh dak-dak pengakap kerna korang memang telah disajikan dengan masakan yang sangat sedap. Aku rasa makanan dalam perut belum sempat hadam lagi dah kena makan makanan lain plak..sehingga ada dak yang cakap kat aku "cikgu, org gie kemah kurang 5kilo..tapi saya naik 10kilo.."..huhu
Pastu ada gak yang cakap "cikgu kita ni bkhemah ker gi pesta makanan"..huhu

Tapi memang seronok la tengok dorang ni makan..paling besh apabila menikmati cekodok cruncie hasil gorengan Cikgu Jamie nie..hehe

Kami juga sangat bertuah kerana kak Kastee telah mengepos lauk-pauk kenduri kawen adik beliau buat hidangan dinner kami malam semalam. Thanks akak... besh!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts