P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, February 21, 2012

Esok Rabu

Minggu kedua di USM...hari ini kelas jam 9 -11 pagi sahaja. Pas kelas pergi ke Pejabat Bendahari dan lepas tuh menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh untuk bertemu dengan Cikgu Sah atau sekarang telah bertitle DR. Cikgu Sah adalah cikgu aku masa darjah 6 di SK Paya Taram tahun 1996. Kira setelah lebih 16 tahun tidak bertemu di alam nyata...sekadar di muka buku jek. Terima kasih Cikgu kerana sudi jadi saksi Borang Perjanjian Pendidikan Guru.

Aktiviti petang pula berjalan sejauh hampir 3-4 km pergi balik dari hostel ker taman di tepi tasik. Asalnya konon hendak berjogging...tapi last2 berjalan sahaja ..Yang bagus nya pas balik terus je singgah cafe untuk makan nasi sepinggan ...huhu






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts