P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, August 22, 2011

Cerita NAK Raya Lagi

Uols, persiapan raya dah settle? 


Rasa macam tak best la bila tidak memikirkan pasal hari raya walaupun sehari pun aku tak puasa..haha. Yelaa, kalau dah nak raya, semua orang sibuk bershopping. Aku pun teringin juga. Tidak lengkap rasanya tidak shopping raya untuk diri sendiri, suami dan abah. 


Untuk diri sendiri biasalah bila dah nak raya macam-macam hendak dipastikan ada. Antaranya seperti baju raya, tudung match dengan baju raya, sandal raya, handbag raya, brooch raya...aii memang macam-macam lah. Tahun nie, yang ada setakat hari ini hanyalah 2 pasang baju raya yang baru je siap ditempah. Tudung nya masih belum ada...hendak shopping online kang warna tak kena lak...rasanya boleh tak hendak curi-curi gak masa sebelum raya nanti keluar membeli tudung dan sandal raya wahai en suami ku yang tersayang..? Hehehe...


Untuk suami pula, mujurlah 2 helai jeans sudah kubeli buatnya ...dan sudah jugak kupaksa en suami pergi potong jeans itu. Tapi, t-shirt raya buat en suami tak sempat laaa hendak beli...cari sendiri yea...tapi harap-harap hati ini berkenan dengan pilihan en suami yang kadangkala tidak kena dengan jiwa ini...haha. Baju Melayu en suami yang dah siap lama tuh, jangan lupa basuh sendiri yea...basuh baju Melayu Adeeb sekali OKEY!...HEHE


Untuk abah pula, beberapa tahun kebelakangan ini memang aku yang belikan abah sepasang baju Melayu..tahun ni tidak sempat pulak. Harap anak-anak abah yang lain boleh tolong belikan yea. Baju kemeja je kebetulan ada sale arituh mujur beli...kalau tak, kesian abah.  Memanglah abah selalu cakap, tidak beli pun takpe, baju dia banyak dah...tapi kita sebagai anak takkan lah taknak tengok abah kita pakai baju raya baru..yea tak?

































2 comments:

mama lynn said...

hehee sedey je bunyi... xpe la jamie. pas raya nnt ley shopping puas2. tp klu nk sabar skit tggu raya thun dpn. masa tu adeeb pun da setahun... lg best shopping bju anak tau. akak pun x la shoppping sgt...cuma beli apa yg penting. biarlah budak2 yg dpt attention lebih di hari rya ni.. ;)

fazilah said...

wah bestnye adeeb dah ada baju raya.. kaler ape tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts