P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, July 11, 2011

Our 1st Family Day

Al kisah last minit plan berjaya gak kami sekeluarga berfamili day. Cuma biasalah bila dah last minit maka ada yang tak boleh join. Tapi hanya 10% jek yang tidak boleh join termasuk en suami. Pada awalnya, aku pun macam tidak boleh nak join. Kebetulan sekolah mengadakan Perkhemahan Unggun 3. Jadual dapat last minit yang aku hanya perlu buat sijil jek..ibu mengandung kan...so dikecualikan dari aktiviti memasak seperti sebelum ini. Maka bolehlah aku gie Family Day keluargaku di  A.A Agro di Sg Lui Hulu Langat iaitu sebuah dusun milik keluarga akak iparku. Kira macam private resort.

Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pukul 3 dari rumah abah dan sampai ke lokasi kejadian lebih kurang 6.30 petang. Ini semua gara-gara Bersih, lebuhraya Karak-Gombak dilanda jem yang dasyat. Mujur kami sempat sampai ke Tol Gombak sekitar jam 5 petang. Jika lambat lagi, mungkin kami akan tersekat dalam jem yang mungkin memakan masa berjam-jam dan berpuluh-puluh batu.

Walaupun sarat dan penat, lebih-lebih lagi tanpa en suami di sisi,tapi aku enjoy. Tahun depan di mana pula ya...? Apa-apapun jangan lupa bayar yuran tahunan.....huhu..




p/s : tadi rasa nak cerita banyak, tiba-tiba malas lak rasa.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts