P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru


16 Mei merupakan hari guru. Esok adalah hari guru. Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru.

Ucapan ini ditujukan khas buat semua guru, ustazah serta ustaz yang pernah mengajar aku sehingga aku mengenal erti hidup yang sebenar. Bermula dengan guruku di Sekolah Tadika Perpaduan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Uitm Jengka, Uitm Dungun. Serta tidak lupa kepada cikgu tuisyen Domino iaitu Cikgu Asmadi. Juga buat sesiapa sahaja yang pernah berkongsi ilmu dan secara sengaja atau tidak sengaja mengajarku. Jasa kalian tidak dapat kulupakan...semoga kalian semua terus diberkati....amin.

Selamat Hari Guru juga buat rakan seangkatan di SMK Temerloh. Esok kita nanyi lagu Hari Guru sama-sama ok.




Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Tajuk Nasyid : Lilin Seorang Guru
Artis : Inteam



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts