P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, March 17, 2011

Saya perlukan Zat Besi!


Gambar di atas menunjukkan kandungan sel darah merah yang normal dan yang tidak normal. Sel darah merah aku tidak normal!!! Dalam erti kata lain, aku kekurangan sel darah merah. Berdasarkan apa yang telah aku baca, bila sel darah merah ini rendah, bacaan HB (hemoglobin) menjadi rendah. Ya memang benar, apa yang aku alami sekarang ini ialah bacaan HB aku adalah 10.8, 10.6, 10.7, dan terbaru 10.9...manakala bacaan normal adalah 11.0 dan keatas. Masalah ini juga dipanggil ANEMIA.

Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang

Walaupun doktor telah menambahkn dos ubat IRON TABLETS atau Ferrous Fumarate BP, nampaknya keputusan HB aku masih di tahap rendah. Aku juga telah puas makan bayam, kerang, hati ayam dan segala bende yang boleh membekalkn zat besi pada aku..namun keputusannya tetap hampa. 

Terbaru aku telah terbaca bahawa pengambilan Vitamin C boleh membantu tubuh untuk menyerap zat besi. Nampaknya lepas ni aku kena cari supplement Vitamin C kat farmasi. Harap usaha kali ini membuahkan hasil. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts