P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, March 28, 2011

Biru atau Pink ?

Saja uplod versi tak clear..SURPRISED!
Oleh kerana arini ari tak pergi kerja coz penin-penin akibat tidur yang tidak lena malam tadi maka aku dan en suami telah dengan penuh keterujaan dan debaran mengunjungi Klinik Pakar Wanita Chan untuk scan baby. Dah lama kami tunggu saat-saat ini untuk melihat sama ada baby sihat dan yang pastinya hendak tahu jantina baby. Alhamdulillah, berdasarkan skrin tv menghala ke arah aku selain skrin yang doktor tengok, aku dapat melihat keindahan dan kesempurnaan kurnian Ilahi itu. Pada mulanya aku berdebar kini telah bertukar seronok dan terharu melihat bb yang sangat aktif menendang-nendang. Seronok juga rasa...lebih-lebih lagi melihat baby tengah tersenyum dan setelah mengetahui jantina baby...en suami pun aku tengok tesengeh-sengeh jek sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Lepas ni kami dah boleh sopin barang-barang baby secara keseluruhannya. Antara biru atau pink sudah tidak menjadi tanda tanya lagi :))

***kenapa aku teruje scan pada usia kandungan baru 20 minggu? Sebab aku telah terbaca yang masa yang sesuai untuk melihat jantina baby adalah antara minggu ke 18- 22, kerana at dis time bahagian alat sulit baby tidak ditutup oleh peha baby yang semakin membesar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts