P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, November 4, 2010

Teruja Seorang Makcik


Hari Jumaat iaitu esok adalah merupakan hari pernikahan anak buah aku yang sulung iaitu Nur Syuhada Binti Ruslan atau lebih senang dipanggil dengan Along. Along Hada akan melangsungkan perkahwinan dengan bakal sang suaminya iaitu Rosdi Bin Daud. Pernikahannya akan berlangsung InsyaAllah selepas asar. Manakala majlis resepsi pula pada hari Sabtu.

Aku sebagai emak saudaranya yang bongsu sangat teruja. Maklumla, jika hujung tahun lepas kami seisi keluarga sibuk dengan majlis perkahwinan aku, kini kami sekeluarga sibuk pula dengan perkahwinan anak saudara kami yang sulung. Tak sabar rasanya aku untuk bergambar sakan dengan pasangan pengantin bersama-sama en suami dan kami duduk sekali lagi di pelamin....seronoknya!




1 comment:

Anonymous said...

wah dah nk kawin ya ank buah. maaf,xdpt attend. keadaan xmengizinkan. sob..sob.. -nadiammz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts