P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, November 29, 2010

Main Masak-masak

Jam 9 pagi...aku dan en suami memulakan sesi permainan kami. En suami memukul telur hingga kembang dan aku pula membuat dan menyediakan bahan-bahan lain. Akhirnya...inilah hasilnya main masak-masak kami pada pagi ini. Coklat Moist Kukus ..baru je masuk peti sejuk. Tak sabar nak rasa.



Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate (baking powder n soda aku gantikan dengan ovalett)
3 biji telur

Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts