P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, June 9, 2010

Melaka & Kami

Hari nie baru berpeluang utuk menjengok blog.
Aktiviti sepanjang beberapa hari cuti sekolah setakat ini terisi dengan jadual yang amat padat. Bermula Sabtu dengan aktiviti menghadiri kenduri kawen Sumayah, Ahad menyambut kepulangan en suami dan Isnin serta Selasa berada di Negeri Bersejarah, Melaka.
Journey to Melaka bermula jam 7 pagi..Bertolak dari rumah terus meredah hujan renyai2 dan suasana yang masih gelap.
Kami ke Melaka melalui jalan tepi sungai melalui Bera-Triang-Bahau-Kuala Pilah-Tampin dan akhirnya sampai ke Melaka. Sebelum meneruskan pejalanan ke Banda Hilir, kami singgah dulu di Taman Mini Malaysia + Asean (yang tidak dapat dikunjungi coz masih dalam proses renovation) lbh kurang jam 10pagi. Di situ kami berpeluang melihat rumah2 negeri-negeri di Malaysia. Aku tak teruja sangat coz penah gie time skolah rendah dulu. Cuma en suami jela yang sonoknya. Kelaparan, maka kami makan tghri di situ lbh kurng jam 11pagi. Bila perut sudah kenyang kami meneruskan pejalanan, igtkn nak singgah di taman buaya, sekali terlepas la plak, mls nak U-turn.
Bergerak terus ke Banda Melaka..pusing2 cari2 hotel, sekali ternampak Hotel Shahbandar so terus masuk dan tanya, ada kosong lagi tak..syukur masih ada. Ikutkan aku nak jek stay kt Holiday Inn, tapi en suami  igtkan aku 'kite dtg cni nak jalan2 je yer...bukn nk tdo'...maka kene la paham kan...so duk jela budget hotel RM128 per nite. Actually aku tak puas ati la dgn hotel tuh, dah la tv takleh tengok, jenuh dah men tekan2 tetap takleh, Wifi lak takleh nak conect..erm..mujur bilik air selesa. Klu tak sia-sia la. Hurm check in kul 12.30tgh...igtkn kul 2.30...boleh check in awal so apalagi...masuk blik..lets mandi..Kepala pun dah penin. Selesai solat segala...kami pun kuar lbh kurang kul 2.30. Destinasi pertama ptg itu ialah Muzium Samudera kot...yang ada kapal kayu besar tu..kire muzium dlm kapal.. Tanpa di sangka di situ bertemu dgn org kg merangkap ex-clasmate aku time form 3, Faridah Hj Sidek...tak sangka lak bleh bertemu di Melaka. Beliau bersama-sama famili abangnya.
Kuar dari kapal besar tu, aku beli topi besor...pdahal masa kt tman mini malaysia tadi aku dah beli 1...aku teruje coz murah sgt...RM10. ikutkn aku mau beli byk2 color...tpi kang letih lak menahan telinge bebelan en suami..maka pendam jela hasrat tu..hehe
Seterusnya kami naik River Cruise dengan bayaran RM10 per person menyusuri sungai Melaka. Seronok dapat tengok pemandangan di tepi2 sungai...ada rumah2 cantik, lukisan2 hasil seni pelajar Uitm Shah Alam di dinding2 bagunan, jambatan2 yg menarik dan mcm2 lagi la...memang rugi la aku menahan mengantok dalam bot tu selama 1jam...pengembaraan yang berbaloi-baloi.
Kemudian kami naik Menara Tamin Sari plak...RM20per pax...seronok dapat tengok keseluruhan Banda Melaka termasuk Selat Melaka. Dapat gakla kami cari mana Kota A Famosa yang kami cari dari tadi tak jumpa lokasinya..hehe
Kemudian nek kereta kami menuju ke hadapan Kota A Famosa..puas mendaki, turun pergi menyejukan banda di mall Dataran Pahlawan.
Bergerak pula ker Mahkota Perade..kami dinner di KennyRRoster..jalan2 dan penat. Aku mengidam plak sate...puas pusing2 banda Melaka, tak jumpa pun. sate orang cina jual adela..sedih tak dapat makan sate melaka...dalam kul 10 malam, pulang ke hotel, mandi dan tido..
Kul 8pagi kami check out...hujan di Melaka. Makan di Restoran Telaga Biru klu tak silap...masakan minang. Aku makan nasi lemak rendang daging + air teh tarik manakala en suami nasi gorang rendang daging + teh o suam...nak tahu berapa kami kena??? RM16.00. Gile kan..xtau la brp ringgit agknya rendang daging yang liat tuh, mungkin RM5 kot..
Selesai makan, pusing2 banda dan stop untuk sesi bergambo..sempat lagik aku singgah beli T-shirt tuk ank buah aku, sbgi upah menemani atoknye dan sedikit ole-oleh melaka seperti dodol, belacan, cencalok dan kerepek tempe.
Perjalanan pulang..Alor Gajah-Tampin-Bahau (kami tersalah masuk jalan, skali jalan tgh renovation...teruk gile, kami skip Kuala Pilah) tapi rasenye kami jimat masa ikut jalan tuh, cume sakit sikit nak elak lubang2 ) - Jempol-Triang-Bera (stop makan nasi ayam msk merah + pucuk ubi + tempoyak, en suami nasi ikan goreng + ulam berserta air sirap dan teh o ais RM11.00 jek)
Sebelum sampai temerloh singgah dlu di Tunas Manja Triang tuk membeli keperluan dapur..eh nie sebelum stop makan da...
Teruskan perjalanan dan sampai Temerloh, singgah pejabat acik ambik baju kenduri Lea yang dah siap jahit. Jalan-jalan cari tudung plak..dan lepak2 di Esplanade Temerloh. Bergerak balik, singgah umah ngah anta ole-ole dan AKHIRNYA sampai rumah.






:::Jamie:::

2 comments:

hudaadnan said...

aku pun pegi melaka tp weken la..

Jamie said...

kire kite bru ke melaka la ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts