P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, May 29, 2011

Congrat Rita & Pekyus

Gambar normal, tapi bila publish jadi gini...haha

Baru je pulang dari Raub..menghadiri perkahwinan Azmira Roslan & Fairus. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan Rakan Seng..agak tidak berseri juga tanpa kehadiran Nad yang ada kelas arini dan Cekma yang dalam pantang.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Raub...sesat jugak sikit mencari rumah pengantin tadi. Pergi ikut Bentong dan balik pula ikut Lanchang. Dua jalan yang cukup berbeza permandangannya tapi jaraknya lebih kurang sama jek.

Selamat Pengantin Baru buat Rita...semoga bunting pelamin ya.


Saturday, May 28, 2011

Abah, Ngah, Kak Ngah & Umrah

Pagi tadi jam 4 pagi mereka telah bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 1.00 petang naik flight transit ke Bangkok dan jam 4 petang sampai di Bangkok. Pagi nanti mereka akan berlepas ke Madinah .. semoga ibadat mereka diterima dan segalanya dipermudahkan..amin



Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat

Petang semalam di rumah abang ngah telah berlangsung satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat dari kumpulan kaum-kaum ibu. Ahli khariah masjid pula malam sebelumnya di masjid telah dilaksanakan solat hajat sempena keberangkatan abah, abang ngah dan kak ngah ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Majlis petang ini pula untuk doa selamat mereka untuk mengerjakan umrah dan aku sebagai mak buyung yang dah 7 bulan ini. Semoga aku selamat bersalin dan baby sihat-sihat sahaja di dalam perut ini :))

Menu utama adalah nasi dagang ..sangat sedap.






































Friday, May 27, 2011

Cuti Sekolah Tiba Lagi

Esok bermulalah episod cuti pertengahan penggal..28/5/2011 - 12/6/2011 iaitu selama dua minggu. Cuti dua minggu boleh dikatakan agak lama. Aktiviti utama yang wajib dilaksanakan adalah menanda kertas peperiksaan BM pelajar-pelajarku..sebanyak 110 set. Target ku seminggu minggu pertama cuti adalah pulun habis-habisan menanda dan minggu kedua pula bolehlah enjoy merangkap balik kampung en suami di Terengganu. Sangat teruja pulak tiba-tiba.

Cuti kali ni abah, abang ngah serta kak ngah akan mengerjakan umrah. Pagi esok kul 3 pagi dah gerak. Nampaknya jika en suami tak pulang, aku di rumah tinggal sorang jela ditemani 3 ekor kucing di luar rumah serta kelawar dan tikus di atas siling...haha.

Selamat Bercuti Sekolah kepada semua cikgu dan anak-anak pelajar semua. Isilah masa cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah :))



Monday, May 23, 2011

Berkacamata atau Tidak?

Mataku kecik atau senang cite sepet...haha. Aku telah berkacamata semenjak di Tingkatan 1. Lebih kurang 14 tahun. Beraneka cermin mata telah aku gunakan. Kenapa aku tidak mahu menggunakan kanta lekap? Sebabnya aku ini adalah seoorang yang pemalas untuk perkara yang leceh sebegitu. Lagipun amat sukar untuk memasukan kanta itu ke dalam mataku...al maklumla bukaannya sangat sempit.Huhu

Jika dulu setiap tahun aku akan tukar cermin mata. Bukan sebab mengada-ngada, tapi tahap kerabunan aku saban tahun akan meningkat. Cuma kali ini aku mampu bertahan hampir 2 tahun...sebab rasa macam dah tak bertambah je kerabunan ini.

Orang kata, jika aku xpkai spek, muke aku sgt garang! Tapi jika aku senyum, sweet x? Haha


























Congrat Cekma

Cekma dan selamat melahirkan baby boy seberat 3.2 kg pada 22 Mei 2011 jam 11.10 malam. Tahniah cema, besar sungguh baby mu...mu kecik jek...anak aku nanti? Suspen lak ..hehe. Nampaknya sama date dengan Makcik Rita..So pasni everyyer leh celebrate sama-sama la ek. Aunty datang tengok cuti sekolah minggu depan ek..tunggu :))

Apa ek nama baby  ni?


Nur Kasih The Movie

Entri yang kelewatan masuk...haha...biasala wekend en suami balik, time only for him!. En suami balik Jumaat malam. Malam dah bodek, die kata malas. Tapi pagi Sabtu tuh, dengan slumbernya masak tuk abah cepat pastu mandi. Pastu ajak en suami pergi Kuantan. Dia dah no choice sebab aku dah siap, maka ikutkan je kehendak ibu mengandung ini untuk menonton Nur Kasih The Movie.

Puas rasanya dapat menonton wayang. Satu pengalaman baru bersama baby di dalam perut. Tapi baby terlalu kuat menendang masa awal-awal tuh sebab mungkin terkejut dengan bunyi yang terlalu kuat itu.
Sepanjang menonton filem tersebut, air mata xpernah kering dari meleleh di pipi. Terbawa-bawa sangat aku dengan watak Nur Aminah itu...ada dalam 10x rasanya air mata ini dibazirkan. En suami sampai skang mngejek aku...adeh...

Walau apapun...memang berbaloi la tengok...penuh dengan mainan perasaan.



Friday, May 20, 2011

Belly Casting

Menarik sungguh video yang aku jumpa ni. Orang puteh ni memang macam-macam la. Video ini memaparkan bagaimana seorang ibu yang pregnant di 'simen' perutnya. Bila simen itu keras, maka terhasilah satu seni yang cukup menarik. Sesuai untuk dijadikan memori ketika mengandung. Di Malaysia ada ke ek cmni? Bukan aku nak buat, tanya jek...hehe




Berubah (OST Nora Elena)

Sangat suka lagu nie....




(Reen Rahim)
Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…

(Erry Putra)
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…

Gelap seluruh jiwaku..
{hooo…}
(Reen)
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

(Erry)
ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain

Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…

(Reen & Erry)
Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

hooo…
Semuanya telah berakhir…
{Wooo woo.. woo..}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

(Reen)
Oh.. Kasih…


Thursday, May 19, 2011

Semuanya Kuasa Allah

Jam 3.33pm...aku baru je selesai makan nasi tengahari. Lauk pauk semuanya beli di Restoran Saniah. Makan dengan penuh berselera lebih dari biasa.

Tadi di hospital cukup lama. Maklumlah HOSHAS sekarang baru hendak memulakan Hospital Information System (HIS). Sistem pengkomputeran sepenuhnya. Hospital tanpa kertas. Tapi faham-faham jela, bende baru hendak mula, merangkap la sikit..memang lebih lama dari biasala. Buku Merah aku sekarang dah ditampal code bar untuk urusan TCA akan datang. Masa dalam bilik doktor, memang aku tengok doktor pun menaip dalam komputer segala yang berkaitan dengan aku..tapi yang kelakarnya, aku igt dia akan print dan tampal dalam buku merah aku, rupanya tak, die tulis pulak dengan tangan. Padanlah lama setiap sorang patient dalam bilik doktor..adus...harap lepas nie dorang print jela apa yang dorang type tuh. Lagi jimat masa kan.

Seronok sangat scan baby arini. Baby semakin membesar. Size kepala, perut, peha, dan lain-lain membesar mengikut usia kandunganku iaitu 27 minggu beberapa hari. Sebab dah lama tak scan, masa mula-mula tengok tadi aku agak terkedu jugak, yelahkan...dah besar dah anak mommy dalam perut ni...patutlah rasa tendangan baby pun hebat!

Kupanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa yang menakutkan aku selama ni, iaitu hasil scan beberapa bulan yang lalu mendapati di dinding plasentaku mempunyai fibroid dan kehadiran aku kali ni ke hospital selain  untuk melihat keadaan baby, juga ingin mengetahui keadaan fibroid tersebut juga. Sama ada membesar bersama-sama bayi, sama ada aku kompem di operate bila bersalin nanti dan sama ada aku akan di operate bila kandunganku cukup matang iaitu pada 28 minggu bersamaan 7 bulan.  Apa yang ditakuti kini tidak perlu dirisaukan lagi. Doktor mengesahkan 'no fibroid seen' atau fibroid telah tiada. Betul ke doktor ? Soal aku...YUP katanya...maybe sudah mengecut!! Jika benar mata doktor, syukur alhamdulillah.

Rasanya teringin aku mengajak en suami untuk 4D scan lagi. Aku ingin en suami berkongsi kegembiraan melihat anaknya yang dah semakin membesar. Tentu en suami senyum lebar macam scan time 20 week dulu.

Kami bersama wan yang buat kuih talam besh!! (Gambar tiada kaitan)














Wednesday, May 18, 2011

Jom Dating!

Malam tadi tepat jam 3 pagi aku terjaga. Baby kick! Waduh makin kuat tendangan baby yea. Sampai mommy terjaga dibuatnya. Igtkan sekali tuh jek, byk kali la jugak. Mata aku tak tahan menahan ngantuk tapi layankanla jugak...bila dah tak tahan aku pun usap-usap lah perut sambil cakap " baby, esok mommy kerja, mommy ngantuk la sayang...kita tido yea". Alhamdulillah, baby memang dengar kata, aku pun tak sedar aku terlena sampai la ke pagi. Harap malam ni baby jgn notty sangat yea....kita men futsal siang esok lak. Tau la abi suka men futsal malam-malam...jangan ikut abi yea....baby men siang jek...hehe.


Esok ada temujanji dengan doktor pakar...hope everthing under control dan harap semuanya baik-baik sahaja. 88 hari je lagi... :))


Tuesday, May 17, 2011

Tidak Terduga Terjadi

Hujan turun tiba-tiba disertai dengan guruh dan kilat. Tiba-tiba blackout dan kedengaran letupan. Aku terus cabut wayar charger lappy. Takut juga sejarah berulang. Suis utama rumah 'tendang'. Bila on semula, rumah kami kembali cerah. Alhamdulillah. Tetapi masuk je bilik tengok aircond, kenapa ternganga tapi x sejuk ek...ambik remote off/on xdek respond...sah aircond bilikku dipanah petir tadi. Adeh musim2 panas macam ni lah dia nak buat hal. Ini belum suruh orang tengok...sekali terus rosak tak boleh pakai....OH TIDAK!!!!




Doa Buat Anak Dalam Rahim

Doa ini elok di amalkan sepanjang mengandung. Dibaca setelah selesai solat :

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".



Ayat seribu dinar pula en suami biase bacakan dan hembus ke perut time aku rasa tak sedap kat perut. Terutama di awal-awal kehamilan dulu. Sekarang bila dia tepon, dia selalu suruh aku letak tepon kat perut dan dia akan bacakan Ayat Seribu Dinar ini dan berkata "baby tendang perut mommy sekali". Dan tidak lama itu baby akan tendang....baby dengar kata abi yea sayang...hehe


Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru 2011



Sambutan Hari Guru 2011 ini adalah meruapakan tahun yang ke-4 aku menyambutnya sebagai seorang guru kontrakan. Adakah tahun 2012 merupakan tahun pertama menjadi guru tetap pula ? Anak-anak murid yang aku mula-mula ajar time dorang Tingkatan 2 sekarang dah pun masuk Tingkatan 5. Dah besar. Dah boleh jadi mak atau bapak orang dah..hehe


Sambutan hari guru tahun ini bagiku biasa sahaja. Aku tidak terlalu teruja macam tahun-tahun yang sudah. Mungkin kerana aku sudah 'tidak ada geng' untuk berposing sakan macam dulu. Duduk tengok persembahan pun sorang-sorang jek. Tahun ni juga aku dikecualikan daripada menyertai acara sukaneka guru kerana aku memboyot. Seronok jugak tengok cikgu-cikgu lain berlari-lari, tapi aku kenalah sedar diri kan..hehe.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang ucap selamat hari guru kepadaku serta yang bagi hadiah. Hadiah paling bererti bagi seorang guru adalah anak murid berjaya dan ingat apa yang diajar. Bagi hadiah itu adalah bonus...hehe. Terima kasih semua.










Guddies Bag Teacher's Day

Sebenarnya ini adalah last minit projek. Kenapalah idea ni datang pada hari Khamis minggu lepas. Kenapa tak datang pada hari Isnin ke ..hehe. Walaupun last minti tapi ada dalam 100 order gak aku dapat. Asalnya saja borak-borak kosong dengan Kak Fazilah dan Kak Dahlia..tapi biasalah bila bab nak cari duit tambahan ni, aku mula lah akan teruja terlebih. Khamis ambik order dan Jumaat kutip bayaran. Aku sediakan mengikut order sahaja. Majoriti order di ambil dari Tingkatan 1-3 sahaja, sebab menengah atas time tuh dah start exam pertengahan tahun so tak boleh hendak kacau diaorang.

Pada kad ditulis nama guru yang akan menerima, ucapan serta pemberi. Harap tahun depan boleh mengambil order lagi...itupun jika masih di SMK Temerloh.




***tak sabar nak tunggu Hari Koperasi Sekolah...nak bukak gerai sandwich..hehe


Sunday, May 15, 2011

Rindu Suami ♥

2 minggu berpisah dengan en suami bukanlah satu jangka masa yang singkat bagiku. Minggu pertama masih boleh bertahan...tapi bila dah masuk minggu kedua aku jadi tidak keruan. Tapi bila tiba hari Jumaat minggu kedua, aku jadi tidak tentu haluan...suami pulang :))

Diambil curi ketika en suami sedang solat asar (webcam)


I'm 27 Weeks

Minggu ni masuk 27 minggu usia kandungan...tinggal lebih kurang 90 hari je lagi detik kelahiran akan tiba.

Pic dari en google
Keadaan perutku memang seperti gambar insan di atas. Takkan nak share pic sendiri lak kan...malu la saya..hehe


Selamat Hari Guru


16 Mei merupakan hari guru. Esok adalah hari guru. Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru.

Ucapan ini ditujukan khas buat semua guru, ustazah serta ustaz yang pernah mengajar aku sehingga aku mengenal erti hidup yang sebenar. Bermula dengan guruku di Sekolah Tadika Perpaduan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Uitm Jengka, Uitm Dungun. Serta tidak lupa kepada cikgu tuisyen Domino iaitu Cikgu Asmadi. Juga buat sesiapa sahaja yang pernah berkongsi ilmu dan secara sengaja atau tidak sengaja mengajarku. Jasa kalian tidak dapat kulupakan...semoga kalian semua terus diberkati....amin.

Selamat Hari Guru juga buat rakan seangkatan di SMK Temerloh. Esok kita nanyi lagu Hari Guru sama-sama ok.




Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Tajuk Nasyid : Lilin Seorang Guru
Artis : Inteam



Saturday, May 14, 2011

Thursday, May 12, 2011

Boboy or Gegurl ?





It's a boy if:

You didn't experience morning sickness in early pregnancy - Awal2 je ade...pastu takdah
Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute - Tak jugak..ada masa cecah 150+
You are carrying the extra weight out front -Yea betuii
Your belly looks like a basketball - Tepat..sebab tak bulat cm tembikai pun..hehe
Your areolas have darkened considerably - Yea, rasanya 
You are carrying low - Entahlah
You are craving salty or sour foods -Betul-betul-betul
You are craving protein -Tak kot!
Your feet are colder than they were before pregnancy - Panas sokmo jek! Haha
The hair on your legs has grown faster during pregnancy -Setuju sgt!
Your hands are very dry - Yup...losen ade di serata tempat etc dashboard kete, handbag, sebelah bantal dan dlm laci kt skola.
Your pillow faces north when you sleep - Entah!
Dad-to-be is gaining weight, right along with you - SANGAT-SANGAT TEPAT!
Pregnancy has you looking better than ever - En somi kata YA! :))
Your urine is bright yellow in color - Yes! 
Your nose is spreading - Takpun!
You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles - Heh...macam men spirit2 jek! Taknak try!
You are having headaches -Yup...tapi jarang-jarang
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number - Tak kira la pulok! Huhu

It's a girl if:

You had morning sickness early in pregnancy
Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute
You are carrying the weight in your hips and rear
Your left breast is larger than your right breast
Your hair develops red highlights
You are carrying high
Your belly looks like a watermelon
You are craving sweets
You are craving fruit
You crave orange juice
You don't look quite as good as normal during pregnancy
You are moodier than usual during pregnancy
Your face breaks out more than usual
You refuse to eat the heel of a loaf of bread
Your breasts have really blossomed!
Your pillow faces south when you sleep
Your urine is a dull yellow color
You hang your wedding ring over your belly and it moves from side to side
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number


SUMBER :iVillage


****Boboy ke gegurl ek...? Hehe...

Lagu Tema Hari Guru 2011





GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM




Pakej Celcom iPhone 4


                                                                                Exec i98                 Exec i148                 Exec i248                                                                   

Monthly Commitment
RM 98
RM 148
RM 248
Package Comprises
FREE Calls to other networks
100 mins
250 mins
500 mins
FREE Calls within network
6000 mins
FREE Data
2 GB
4 GB
6 GB
FREE SMS
200 SMS
400 SMS
600 SMS
FREE MMS
20 MMS
40 MMS
80 MMS
Rates
Voice
RM 0.15
RM 0.12
RM 0.10
SMS
RM 0.10 to all networks
MMS
RM 0.20 to all networks



iPhone 4 16GB (RRP RM2,190)
iPhone 4 32GB (RRP RM2,590)
12 Months
24 Months
12 Months
24 Months
Device Price
Celcom Exec i98
RM 1,438
RM 1,148
RM 1,738
RM 1,448
Celcom Exec i148
RM 1,288
RM 848
RM 1,588
RM 1,148
Celcom Exec i248
RM 988
RM 248
RM 1,288
RM 538
Upfront Payment
Celcom Exec i98
RM 300
RM 420
RM 300
RM 420
Celcom Exec i148
RM 300
RM 600
RM 300
RM 600
Celcom Exec i248
RM 720
RM 1,200
RM 720
RM 1,200
Total Device Price + Plan Upfront Payment
Celcom Exec i98
RM 1,738
RM 1,568
RM 2,038
RM 1,868
Celcom Exec i148
RM 1,588
RM 1,448
RM 1,888
RM 1,748
Celcom Exec i248
RM 1,708
RM 1,448
RM 2,008
RM 1,738
*FREE Calls within network up to 6,000 minutes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts