P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru 2011



Sambutan Hari Guru 2011 ini adalah meruapakan tahun yang ke-4 aku menyambutnya sebagai seorang guru kontrakan. Adakah tahun 2012 merupakan tahun pertama menjadi guru tetap pula ? Anak-anak murid yang aku mula-mula ajar time dorang Tingkatan 2 sekarang dah pun masuk Tingkatan 5. Dah besar. Dah boleh jadi mak atau bapak orang dah..hehe


Sambutan hari guru tahun ini bagiku biasa sahaja. Aku tidak terlalu teruja macam tahun-tahun yang sudah. Mungkin kerana aku sudah 'tidak ada geng' untuk berposing sakan macam dulu. Duduk tengok persembahan pun sorang-sorang jek. Tahun ni juga aku dikecualikan daripada menyertai acara sukaneka guru kerana aku memboyot. Seronok jugak tengok cikgu-cikgu lain berlari-lari, tapi aku kenalah sedar diri kan..hehe.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang ucap selamat hari guru kepadaku serta yang bagi hadiah. Hadiah paling bererti bagi seorang guru adalah anak murid berjaya dan ingat apa yang diajar. Bagi hadiah itu adalah bonus...hehe. Terima kasih semua.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts