Wahai Encik Suami...bacalah :
- Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.
- Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.
- Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.
- Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.
- Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.
- Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.
- Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.
- Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.
- Beli barang keperluan bayi bersama isteri.
- Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.
- Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.
- Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.
- Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.
- Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment